Al-Hidayah
[AL-HIDAYAH] Mukjizat Al-Quran & Fakta-Fakta Saintifik (L129)
- Regular price
- RM 10.00
- Sale price
- RM 10.00
- Regular price
-
RM 25.00
Share
Tajuk: Mukjizat Al-Quran & Fakta-Fakta Saintifik
ISBN: 9789673680276
Penerbit: Al - Hidayah
Muka Surat: 233 m/s
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Penulis: Dr Salleh Ismail Yusuf Al-Muti'e
Tahun Terbitan: 2010
Format: Paperback
Berat (kg): 0.40 kg
Dimensi (cm): 1cm x 21cm x 14cm
SINOPSIS
Al-Quran Al-Karim merupakan mukjizat terbesar Rasulullah s.a.w. ia mengandungi pelbagai hukum-hakam, kisah-kisah teladan, doa-doa dan seluruh aspek kehidupan manusia. Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan pelbagai cabang ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi termasuklah ilmu sains.
Para ilmuan Islam zaman silam telah terlebih dahulu mempelopori bidang sains berdasarkan kajian mereka terhadap al-Quran al-Karim. Malangnya usaha mereka tidak dapat diteruskan oleh umat Islam sendiri. Sebaliknya para orientalis barat lebih bijak dengan mengambil manfaat daripada hasil kajian mereka. Akibatnya, dunia barat jauh lebih maju daripada dunia Islam. Mereka terus mengkaji al-Quran untuk kepentingan mereka. Manakala umat Islam terus leka berbalah dan berperang sesama sendiri. Senjata yang dihasilkan oleh orang kafir digunakan oleh umat Islam untuk menghancurkan umat Islam yang lain. Hari ini kita lihat, umat Islam ditindas secara langsung atau tidak oleh pihak Barat.
Semua ini adalah diadakan kita jahil tentang al-Quran yang diturunkan untuk memajukan umat Islam seterusnya menyelamatkan mereka dari lembah kejahilan, kemunduran dan kebinasaan.
Buku “MUKJIZAT AL-QURAN DAN FAKTA-FAKTA SAINTIFIK” ini mengupas tentang ayat-ayat al-Quran yang menyentuh secara langsung atau tidak langsung tentang sains. Oleh itu, sewajarnya ia dijadikan rujukan dan panduan bagi umat Islam khususnya para pelajar Islam yang menceburi bidang sains.