• 458
  • 459
  • 460
  • 461
1

Fajar Pakeer

GREY - BELLA H., HYZWAYNE, HANAAEH

Regular price
RM 25.50
Sale price
RM 25.50
Regular price
RM 30.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: GREY 

ISBN: 9789838223041

Penerbit: Fajar Pakeer

Muka Surat: 615 m/s

Halaman: Hitam putih

Penulis: BELLA H., HYZWAYNE, HANAAEH

Tahun Terbitan: 2025

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.487 kg

Dimensi (cm): 18.4 x 11.5 x 2.9


SINOPSIS

Grey, not as bright as white, nor as dark as black, yet in it, a beautiful meaning is found.

Semesta ini adalah kanvas agung, diwarnai pelbagai rona yang berdansa. Setiap warna adalah bahasa jiwa, menceritakan rasa tanpa suara.

Tetapi ini bukan sekadar tentang warna. 

Diksi merangkai makna. Di setiap noktah dan koma, ada cerita yang bermula…



✿ BERHENTI DI KAMU – BELLA H. ✿

Kalau tidak kemanisan, pastilah kepahitan jawapannya. Namun, kadang kepahitan itu sifatnya juga menyembuhkan, bukan?

Bagi Hajar, bersama Amjad bukan sekadar mencari ketenangan, tetapi seperti sebatang pohon yang tumbuh subur di tengah badai, menyirami hatinya pada saat dirinya tenggelam dalam ketidakpastian.

“Kadang untuk menyelamatkan ramai orang, kita perlu lepaskan sesuatu.” - Hajar

Mampukah Hajar merungkai rahsia yang membelenggu hidup lelaki itu?  Berjuang bersama menyembuhkan jiwa?

Cinta aku... berhenti hanya pada dia.



✿ REDAMANCY LOVE - HYZWAYNE ✿  

Godaan, drama, dan sifat diva—semuanya adalah perangkap yang direka untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki.

“By hook or by crook, kau akan jadi milik aku. -Julianne Janessa

Kau akan kenal siapa aku, Jane. - Zyran Alistair Ar-Khaleed

Cinta pada awalnya dianggap sebuah paksaan, akhirnya berubah menjadi sebuah kerelaan.

Benarkah cinta abadi perlu bermula dengan satu desakan? Atau sebenarnya itu cuma dongeng?

We will meet again with the love we left for another lifetime.



✿ HER FAVORITE INSPECTOR – HANAAEH ✿

“Cuba lihat kehadiran saya sebagai pelengkap awak.” — Mohd Daniel

Niat si jejaka itu hanya mahu membantu dengan hati yang ikhlas.Tapi siapa sangka… 

Perasaan itu datang tanpa diundang, mengikat mereka dalam kekeliruan. Mungkin mereka akan tewas pada perasaan sendiri, atau ego yang menguasai?"

“Kalau saya masih bernafas saya akan pulang dengan bunga. Kalau dikatakan saya mati,saya akan pulang dengan keranda bersalut bendera.”.

Berhenti Di Kamu, kisah perjuangan hati. Redamancy Love, saling mencintai hingga waktu terhenti, dan Her Favourite menjadi saksi antara cinta dan cita.