• 1
  • 2
  • 3
  • 4
1

PTS Publishing House Sdn. Bhd.

[PTS] Tafsir Al-Azhar: Tafsir Surah Al-Baqarah dan Juzuk 2 (L163)

Regular price
RM 21.25
Sale price
RM 21.25
Regular price
RM 25.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sebelum 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sebelum 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Tafsir Al-Azhar: Tafsir Surah Al-Baqarah dan Juzuk 2

ISBN: 9789674810443

Penerbit: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Muka Surat: 370 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Hamka

Tahun Terbitan: 2022

Format: Soft cover 

Berat (kg): 0.49 kg

Dimensi (cm): 1.9 cm x 22.5 cm x 15.3cm



SINOPSIS

Tafsir Surah Al-Baqarah dan Juzuk 2 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. la adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Surah Al-Baqarah dan Juzuk 2 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 2, iaitu Surah Al-Baqarah. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. la turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.


BIODATA

Profesor DR. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau HAMKA lahir di Nagari Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908. Beliau adalah seorang ulama dan sasterawan besar nusantara, khususnya di Indonesia. Beliau menjawat jawatan Presiden Majelis Ulama Indonesia (MUI), sebelum terjun dalam bidang politik. Antara karya beliau yang terbesar adalah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Tasawuf Moden, Sejarah Umat Islam, dan Tafsir Al-Azhar. Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981 ketika berusia 73 tahun, dan telah dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.