• 492
1

Kegemilangan & Kejatuhan Negara Beraja Eropah #

Regular price
RM 38.90
Sale price
RM 38.90
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products
Tajuk: Kegemilangan & Kejatuhan Negara Beraja Eropah
ISBN: 9789672278993
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Muka Surat: 250 m/s
Halaman: Berwarna
Penulis: Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.445 kg
Dimensi (cm): 21 x 14.5 x 1.4


SINOPSIS
SEPANJANG sejarah, monarki atau pemerintahan beraja telah dihapuskan melalui pembaharuan undang-undang, kudeta (rampasan kuasa) atau peperangan. Sebagai contoh, monarki Inggeris digulingkan oleh Parlimen Inggeris yang dipimpin oleh Oliver Cromwell pada tahun 1648, namun dipulihkan kembali pada tahun feed, Monarki Perancis mengalami nasib serupa pada tahun 1792 selama Revolusi Perancis, dengan pemulihan vang terjadi beberapa kali hingga tahun 1871. Monarki China berakhir setelah revolusi Sun Yat-sen pada tahun 1912. Maharaja Korea kehilangan takhtanya ketika Korea diilhak oleh Jepun pada tahun 1910. Setelah kematian Khan terakhir pada tahun 1924. Mongolia menjadi republik.

Pada tahun 1893, para pemimpin perniagaan menggulingkan Ratu di Hawaii untuk menubuhkan sebuah republik sebelum Hawaii bergabung dengan Amerika Syarikat pada tahun 1898, Monarki di Portugal li Portugal digulingkan pada tahun 1910, dua tahun selepas pembunuhan Raja Carlos 1. Perang Dunia Pertama mungkin menjadi penyebab utama buruknya dalam kejatuhan besar monarki dalam sejarah. Keadaan di Rusia dan prestasi burukny perang memicu revolusi komunis yang menggulingkan seluruh institusi monarki, menembak mati Tsar, dan melaksanakan kerajaan diktator dari golongan bangsawan. Kekalahan Kekaisaran Jerman, Austria, dan Turki mengakibatkan penghapusan monarki mereka setelah perang, Negara-negara yang berada di bawah pengaruh Jerman seperti Finland dan Lithuania juga kehilangan raja mereka setelah kekalahan Jerman pada November 1918. Pada tahun 1930, Itali menyerang Albania dan menggulingkan Raja Zog untuk menggantikan Raja Itali sebagai raja baru Albania, Itali. bersama beberapa monarki di Eropah Timur seperti Bulgaria, Hungary dan Romania, menyokong Jerman semasa Perang Dunia II menentang Yugoslavia, kekuatan sekutu Parat dan Soviet Union. Dengan kekalahan kekuatan kuasa paksi dalam perang golongan komunis di Yugoslavia mengambil alih kekuasaan dan mengakhiri monarki Kaum komunis di Bulgaria, Hungary da dan Romania menggulingkan raja mereka dengan sokongan kuat dari Soviet Union, yang memiliki banyak tentera dan penyokong di sana selama perang.

Raja Itali beralih menyokong sekutu barat, tetapi dalam sebuah referendum pada tahun 1946, sistem monarki di sana dihapuskan. Maharaja Jepun yang memiliki peranan penting dalam Perang Dunia II. dikurangi kekuasaanny a hingga hanya menjadi simbol negara. Di Greece, rajanya harus melarikan diri setelah setelah kudeta pada tahun 1967 dan Greece diisytiharkan sebagai republik pada tahun 1973. Mesir dan Sudan menghapuskan monarki pada tahun 1953 selepas revolusi tahun 1952. Monarki dihapuskan di Tunisia pada tahun 1957, Iraq pada tahun 1958, Libya pada tahun 1969 dan Iran melalui revolusi pada tahun 1979. Di Ethiopia, maharaja digulingkan pada tahun 1974 akibat revolusi demokrasi Pergolakan politik dan kebangkitan komunis mengakhir monarki di Indochina selepas Perang Dunia II.