[MANES] Hingga 8finity by Hverose # (L6,Y12)
- Regular price
- RM 24.65
- Sale price
- RM 24.65
- Regular price
-
RM 29.00
Share
Tajuk: Hingga 8finity
ISBN: 9786297782058
Penerbit: Manes Wordworks
Muka Surat: 294 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Hverose
Tahun Terbitan: 2025
Format: Paperback
Berat (kg): 0.3
Dimensi (cm): 20 cm x 13 cm x 2.2 cm
SINOPSIS
“So, kita kawan sampai bila?”
“8finity.”
Sebuah persahabatan yang berpaksikan janji di antara Along, Ben, Ojie, Han, Raz, Min, Jade dan Lee. Sukan bola tampar menjadi titik pertemuan lapan sahabat itu.
Namun, tidak semua janji boleh diset semula seperti perlawanan. Malah gelanggang yang dulunya penuh aksi kini terasa kosong. Lee yang selama ini menjadi tunjang pasukan memutuskan untuk berhenti daripada dunia bola tampar. Dan 8finity ditinggalkan tanpa sebarang penjelasan.
“8finity takkan lengkap tanpa kau. Lupa ke janji kita semua dulu?” – Along
Bukan semua orang mempunyai jalan cerita yang sama, begitu juga dengan Lee. Perlukah dia terus berlari apabila 8finity selalu muncul ketika ujian demi ujian menampar diri?
“Aku masih aku... cuma tak sama macam dulu.” – Lee
Bagaimanakah pengakhiran kisah mereka berlapan? Adakah hati Lee akan terbuka kembali untuk 8finity? Mampukah mereka berpegang kepada janji itu... hingga infiniti?