• WHITE BACKGROUND DHANIYYAH (23)
  • WHITE BACKGROUND DHANIYYAH (24)
  • WHITE BACKGROUND DHANIYYAH (25)
  • WHITE BACKGROUND DHANIYYAH (26)
  • WHITE BACKGROUND DHANIYYAH (27)
  • WHITE BACKGROUND DHANIYYAH (28)
1

PTS

[PUTEH PRESS] Fantasi Keadilan (L178,BL127)

Regular price
RM 32.30
Sale price
RM 32.30
Regular price
RM 38.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sblm 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sblm 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Fantasi Keadilan: Antara Manipulasi, Provokasi dan Kebenaran dalam Undang-Undang

ISBN: 9786294641778

Penerbit: Puteh Press

Muka Surat: 240 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Aminahtul Mardhiah Md Nor

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 0.28 kg

Dimensi (cm): 1.5 cm x 22 cm x 15 cm


SINOPSIS

Undang-undang sering dianggap berat, jauh dan menakutkan. Namun, Fantasi Keadilan membawa pembaca memahami dunia undang-undang melalui penceritaan yang dekat dengan kehidupan masyarakat.

Setiap bab dibuka dengan senario yang hidup, seolah-olah pembaca sedang berada sendiri dalam situasi sebenar. Di balai polis. Di ruang mahkamah. Di tempat kerja. Dalam rumah tangga. Di media sosial. Malah, di tengah-tengah konflik yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Buku ini membicarakan pelbagai isu seperti ditahan polis, permohonan reman, pemeriksaan badan, geledah rumah dan kereta, buli, fitnah, keganasan rumah tangga serta salah laku peguam dan pegawai mahkamah.

Dalam buku ini, pembaca akan menemui:

•⁠  ⁠Penerangan undang-undang dalam bahasa yang mudah dan manusiawi.

•⁠  ⁠⁠Senario yang dekat dengan realiti kehidupan harian.

•⁠  ⁠⁠Carta alir untuk memahami proses undang-undang dengan lebih jelas.

•⁠  ⁠⁠Kotak maklumat yang meringkaskan isi penting.

•⁠  ⁠⁠Panduan apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak patut dibuat dalam situasi tertentu.

•⁠  ⁠⁠Asas penting untuk mengenal hak, memahami batas kuasa dan bertindak dengan lebih tenang.

Buku ini bukan pengganti nasihat peguam. Tetapi, ia boleh menjadi pintu awal untuk orang awam memahami asas undang-undang sebelum panik menguasai fikiran.

Keadilan tidak selalu runtuh disebabkan orang jahat terlalu kuat.

Kadangkala, ia runtuh kerana orang baik terlalu tidak tahu.