• WHITE BACKGROUND - 2026-06-22T164146.244
  • WHITE BACKGROUND - 2026-06-22T164211.763
  • WHITE BACKGROUND - 2026-06-22T164053.596
  • WHITE BACKGROUND - 2026-06-22T164253.239
1

AIZLIEYA EMPIRE

[AIZLIEYA EMPIRE] Dignified (L129,G6)

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 50.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Dignified

ISBN: 9786299212928

Penerbit: Aizlieya Empire

Muka Surat: 512 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Missdiyyah

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 1.38 kg

Dimensi (cm): 4cm x 21cm x 15cm



SINOPSIS

Page 2-rule number one: A member of the Elhasiq family must befriend and marry someone of equal status.

Afra Ghaziyah, kehidupannya sebagai seorang jururawat yang selalu tenang dan damai... tiba-tiba saja berubah sepenuhnya. Hanya kerana hutang budi, satu permintaan dan sekeping surat.

“Boleh Afra membalas jasa Puan Hande bagi pihak opah?” – Opah Yasemin.

Sangka Afra, Puan Hande itu cuma majikan opah yang biasa-biasa. Namun, dia silap. Pertemuan dengan Ghadi Elhasiq, pewaris dan juga pengerusi eksekutif Empayar Elhasiq merungkai persoalan Afra tentang siapa yang dia perlu balas budi itu. Lagi parah, lelaki itu rupanya pemilik hospital Afra bekerja dan cucu kepada Puan Hande!

“Hutang budi itu... macam mana tuan nak saya bayar balik?” – Afra Ghaziyah

‘By marrying me.’ – Ghadi Elhasiq

Ghadi Elhasiq, lelaki berpengaruh di mata dunia. Namun, di sebalik kehebatannya menerajui sebuah empayar... dia seorang yang bisu. Ada sebab mengapa Ghadi perlukan Afra yang berstatus orang biasa untuk menjadi isterinya.

“Kenapa tuan pilih saya yang tak ada pangkat dan harta ni?” – Afra Ghaziyah

‘Sebab saya nak hapuskan sesuatu dalam Empayar Elhasiq. Sesuatu yang sudah lama menjadi punca kemusnahan keluarga Elhasiq. Thus, you will be needed as my wife.’ – Ghadi Elhasiq

“Tuan nak hapuskan apa?” – Afra Ghaziyah

‘Buku peraturan Elhasiq.’ – Ghadi Elhasiq

Bagi Afra, hatinya berat untuk menjadi isteri kepada lelaki yang tidak sampai tiga kali dia bertemu. Namun, sekeping surat yang dibaca mengubah segalanya. Lantas, lamaran daripada Ghadi diterima.

Hanya kerana satu ayat daripada seorang nenek yang terlalu kasihkan cucu.