Mangosteeen
[MANGOSTEEN] Cahaya Teduhan Luka (Z14,Y15)
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tajuk: Cahaya Teduhan Luka
ISBN: 9786299435112
Penerbit: Mangosteen
Muka Surat: 434 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Leena Syiha
Tahun Terbitan: 2025
Format: Paperback
Berat (kg): 0.40 kg
Dimensi (cm): 4 cm x 20 cm x 13 cm
SINOPSIS
Cahaya Teduhan Luka ialah kisah tentang kebencian yang membakar, luka yang disembunyikan, dan kebenaran yang terlalu mahal untuk diterima.
Naura Sakinah hidup dalam bayang dosa yang bukan miliknya. Sejak tragedi yang meragut nyawa kakak iparnya, dia menjadi sasaran kebencian di pejabat, dalam keluarga, dan terutama sekali daripada Hanzalah al-Waqqas. Demi mendapatkan hak jagaan anak saudaranya, Naura rela dipijak, dicaci, dan dipersalahkan… asalkan dia tidak dibenci lebih dari yang sudah.
Bagi Hanz, Naura ialah musuh yang harus membayar harga. Kebenciannya tidak pernah pudar; setiap pertemuan hanya berakhir dengan pertengkaran dan luka lama yang berdarah kembali.
Namun segalanya berubah apabila wanita yang kelihatan tabah itu tiba-tiba rebah di hadapannya; dahi bertampal, wajah lebam, dan rahsia yang selama ini dikunci rapi mula terlerai satu persatu.
Apabila kebenaran mula tersingkap, mampukah kebencian terus dipertahankan?
Atau ada luka yang sebenarnya tidak pernah meminta untuk dipersalahkan?
Sebuah kisah emosi, konflik, dan penebusan, tentang bagaimana kebencian boleh membutakan; dan bagaimana kebenaran mampu menghancurkan segalanya.