tentang kita sdn bhd
[TENTANG KITA] Memeluk Sebuah Kekalahan
- Regular price
- RM 39.20
- Sale price
- RM 39.20
- Regular price
-
RM 49.00
Share
Tajuk: Memeluk Sebuah Kekalahan
ISBN: 9786297722627
Penerbit: Tentang Kita
Muka Surat: 176 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: A. Syafiq
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 0.25 kg
Dimensi (cm): 2 cm x 19 cm x 13 cm
SINOPSIS
Jangan baca buku ini di saat anda sedang bahagia.
Buku ini digarap untuk menemani anda menghadapi hari-hari sepi dan diselubungi kekalahan tanpa henti. Tidak kiralah kalah daripada segi pencapaian, kewangan ataupun perpisahan. Kerana ada kekalahan yang tidak pernah diumumkan kepada sesiapa.
Kekalahan melihat orang lain semakin jauh ke hadapan, sedangkan kita masih berdiri di tempat yang sama. Kekalahan apabila sudah bekerja sekuat tenaga, tetapi hidup masih tidak berubah seperti yang diharapkan. Kekalahan apabila wang yang dimiliki tidak pernah cukup untuk membeli kehidupan yang diimpikan.
Kekalahan apabila seseorang yang kita cintai memilih untuk pergi, dan kita terpaksa belajar hidup dengan ruang kosong yang ditinggalkannya. Ada juga kekalahan yang lebih sunyi. Kalah sebagai seorang anak yang merasakan dirinya belum mampu membalas jasa ibu dan ayah.
Dan mungkin yang paling menyakitkan—kalah selepas kita sudah memberikan segala-galanya namun seringkali tidak dihargai dan dikhianati.
Ini bukan buku tentang bagaimana untuk menjadi pemenang. Ini adalah buku tentang seni untuk memeluk segala luka ketika kita sedang kalah.
Dan mungkin, setelah selesai membacanya, kita akan sedar-kita tidak semestinya perlu menang di setiap pertempuran takdir yang panjang.