[TENTANG KITA] Kita Hanya Sehelai Daun Gugur (Z8)
- Regular price
- RM 49.00
- Sale price
- RM 49.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tajuk: [TENTANG KITA] Kita Hanya Sehelai Daun Gugur (Z8)
ISBN: 9786297722313
Penerbit: Tentang Kita Sdn Bhd
Muka Surat: 146ms
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Amirul Hannan
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft Cover
Berat (kg): 0.154kg
Dimensi (cm): 19cm x 12.5cm x 1cm
SINOPSIS
Ilham tentang buku ini tercetus ketika saya sedang duduk termenung sendirian di dalam kereta, melihat daun-daun yang gugur di cermin hadapan.
Saya perhatikan daun-daun yang gugur itu ada pelbagai jenis, saiz, bentuk dan warna.
Dari situ, saya rasa setiap daun itu mempunyai ceritanya yang tersendiri. Sama ada kita peduli atau tidak, daun yang gugur itu pernah tumbuh, bertahan dan memberi makna. Sebelum akhirnya, tiba masa untuk gugur.
Dalam karya sederhana ini, adanya tulisan-tulisan refleksi kehidupan yang ilhamnya datang daripada pengamatan terhadap hal-hal kecil dalam hidup, yang berlaku secara rawak dan tidak tentu, yang selama ini mungkin kita tidak hiraukan namun bagi saya setiap daripadanya mempunyai makna.
Mudahnya, karya ini adalah tentang the art of noticing (seni mengamati hal-hal kecil yang berlaku secara rawak dalam hidup).
Juga saya masukkan di dalamnya catatan peribadi dan puisi yang ditulis sepanjang perjalanan hidup saya yang tidak seberapa ini. Saya kutip dari kotak ingatan agar menjadi bukti, bahawa saya pernah menjadi manusia.
Jujurnya, saya tidak memaksa anda untuk memahami apa yang ditulis. Saya cuma mahu anda hayati dan rasai sahaja apa yang ada dalam buku ini—Kita Hanya Sehelai Daun Gugur.