• PHOTO
  • PHOTO (2)
  • PHOTO (3)
  • PHOTO (4)
  • PHOTO (5)
  • PHOTO (6)
1

Telaga Biru

[TELAGA BIRU] Syair Sahabat (L11)

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Syair Sahabat

ISBN: 9789673889822

Penerbit: Telaga Biru

Muka Surat: 168 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Jeff Hazimin

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 0.500kg

Dimensi (cm): 21 cm x  14 cm x 1 cm



SINOPSIS

Syair Sahabat: Buat Membangkit Semangat membuka ruang hati dan minda untuk menyelami bait-bait indah yang pernah dilantunkan oleh para sahabat Rasulullah SAW. Buku ini bukan sekadar himpunan kata puitis, tetapi suara iman, luka perjuangan dan getar cinta para sahabat terhadap Allah dan Rasul-Nya. Setiap syair membawa kisah – dari medan perang hingga saat kewafatan Baginda – yang menyentuh, membangkit dan menyedarkan jiwa.


Ditulis dan disusun penuh jiwa oleh Jeff Hazimin yang dikenali sebagai “Air Liur Emas” , buku ini mengetengahkan keindahan seni Islam yang sering tersisih dalam arus moden. Syair tidak lagi dianggap sebagai bacaan seni sahaja, tetapi ia turut menjadi ubat bagi jiwa yang lelah, semangat bagi hati yang hampir rebah dan cahaya kecil buat mereka yang mencari erti dalam gelita kehidupan. Syair ialah warisan emosi, iman dan hikmah. Dengan gaya bahasa yang segar namun sarat dengan makna, penulis mengajak pembaca menelusuri hikmah dan semangat yang terakam dalam syair sahabat Baginda. Syair merupakan bacaan yang menghidupkan – bukan sekadar mengisi masa, tetapi menyuburkan jiwa dengan kekuatan rohani dan inspirasi perjuangan.