• WHITE BACKGROUND F (3)
  • WHITE BACKGROUND F (2)
  • WHITE BACKGROUND F (1)
  • WHITE BACKGROUND F
  • WHITE BACKGROUND F (4)
1

PTS

[PTS] Tafsir Al-Azhar: Tafsir Juzuk ‘Amma (Juzuk 30) (Edisi 2026)

Regular price
RM 34.00
Sale price
RM 34.00
Regular price
RM 40.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sebelum 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sebelum 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Tafsir Al-Azhar: Tafsir Juzuk ‘Amma (Juzuk 30) (Edisi 2026)

ISBN: 9786294932463

Penerbit: PTS Publishing House

Muka Surat: 613

Halaman: Hitam Putih

Penulis: HAMKA

Tahun Terbitan: 2026

Format: Softcover

Berat (kg): 0.90 kg

Dimensi (cm): 3 cm x 23 cm x 16 cm


SINOPSIS

Tafsir Juzuk ‘Amma adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Juzuk ‘Amma ini menumpukan penafsiran HAMKA bagi surah-surah pendek yang terkumpul dalam Juzuk ke-30 Al-Quran yang seringkali kita baca.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Professor Dr. Haji Abdul Karim Amrullah atau HAMKA lahir di Nageri Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908. Beliau adalah seorang ulama dan sasterawan besar nusantara, khususnya di Indonesia. Beliau menjawat jawatan Presiden Majelis Ulama Indonesia (MUI), sebelum terjun dalam bidang politik. Antara karya beliau yang terbesar adalah Tenggelamya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Tasawwuf Moden, Sejarah Umat Islam, dan Tafsir Al-Azhar. Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981 ketika berusia 73 tahun, dan telah dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.