PENERBIT X
[PENERBIT-X] Barong (L162,PZ2)
- Regular price
- RM 35.10
- Sale price
- RM 35.10
- Regular price
-
RM 39.00
Share
Tajuk: [PENERBIT-X] Barong
ISBN: 9786294641570
Penerbit: [PENERBIT-X]
Muka Surat: 312 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Daneen Nizar
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 0.31 kg
Dimensi (cm): 2 cm x 14 cm x 20.8 cm
SINOPSIS
Sebuah topeng Barong Ket muncul tanpa asal-usul. Tiada inventori. Tiada penghantar. Namun, apabila gamelan mula berbunyi, ia menari dan seseorang mati.
Di Muzium Kebudayaan Luhur, satu persembahan budaya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila seorang pelajar maut dengan cara yang mustahil. Maizatul, kurator muzium, dan Rosyam, pegawai penyiasat, terperangkap dalam siasatan yang semakin menolak batas logik dan undang-undang. Segalanya berubah apabila mereka menemui Illa Manoj, seorang pendakwa raya yang percaya kejadian tersebut mempunyai persamaan dengan modus operandi kes lama yang pernah dikendalikannya 15 tahun lalu. Kekalahan dalam perbicaraan itu menghantui Illa, mendorongnya untuk memecahkan misteri yang tidak pernah benar-benar selesai.
Antara siasatan, trauma, kepercayaan dan karut bertembung Semakin kebenaran digali, semakin tersingkap rahsia yang gelap. menjijikkan dan tidak sepatutnya dibangkitkan.
Ini bukan kisah misteri budaya semata-mata.
Ini kisah tentang manusia dan apa yang sanggup mereka lakukan apabila diberi peluang untuk menjadi lebih daripada manusia.