Penerbit USM
[PENERBIT USM] Peranan Britain dalam Pembentukan NATO 1945–1949 (L91)
- Regular price
- RM 39.10
- Sale price
- RM 39.10
- Regular price
-
RM 46.00
Share
Tajuk: Peranan Britain dalam Pembentukan NATO 1945–1949
ISBN: 9786294600294
Penulis: Norasmahani Hussain
Penerbit: Penerbit Usm
Muka Surat: 226
Halaman: Hitam Putih
Tahun Terbitan: 2026
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.41kg
Dimensi (cm): 1cm x 23cm x 16cm
SINOPSIS
Selama ini, pembentukan NATO sering dilihat dari lensa Amerika Syarikat, seolah-olah kuasa besar itu merupakan pihak tunggal di sebalik lahirnya organisasi antarabangsa bersifat ketenteraan paling berpengaruh di dunia. Namun, sejauh manakah kebenaran tanggapan tersebut?
Buku ini menawarkan satu sorotan baharu dan segar - mengangkat peranan Britain yang sering terpinggir dalam wacana sejarah penubuhan NATO. Melalui penelitian terperinci terhadap sumber-sumber primer British, penulis membongkar hakikat bahawa Britain, khususnya menerusi kepimpinan dan visi strategik Menteri Luarnya, Ernest Bevin, merupakan perancang utama yang menggerakkan inisiatif pembentukan NATO. Mengapakah British begitu bersungguh-sungguh mahu menubuhkan NATO, tatkala Amerika Syarikat masih ragu-ragu akan idea tersebut? Buku ini akan menjawab persoalan tersebut.
Sebuah karya yang merungkai sejarah dari sudut yang jarang diteroka, buku ini wajib dimiliki oleh pencinta sejarah, pengkaji hubungan antarabangsa dan sesiapa sahaja yang ingin memahami realiti geopolitik pasca-Perang Dunia Kedua dengan lebih mendalam dan seimbang.