• malay depan
  • malay dalam
  • malay blkg
1

patriots

[PATRIOTS] Malaysia Sesudah Kiamat (L111, BL111)

Regular price
RM 38.00
Sale price
RM 38.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Malaysia Sesudah Kiamat 

ISBN: 9786299807995

Penerbit: Patriots

Muka Surat: 517

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Helmi Effendy

Tahun Terbitan: 2025

Format: soft cover

Berat (kg): 0.5 kg

Dimensi (cm): 4 cm x 20 cm x 13 cm



SINOPSIS

Malaysia masa hadapan bukan lagi seperti yang kita kenal. Dunia telah pun musnah atau itulah yang dipercayai oleh sisa-sisa manusia yang masih bertahan. Hampir seluruh populasi telah berubah menjadi zombi yang hauskan darah akibat wabak misteri yang tak terbendung. Dalam kekacauan itu, satu lagi petanda kiamat muncul: salji mula turun di tengah-tengah Kuala Lumpur, menandakan permulaan Zaman Ais Kedua.

Namun, harapan belum sepenuhnya padam. A700 satu-satunya manusia yang kebal terhadap virus pembawa maut merupakan subjek rahsia hasil kajian kerajaan. Dalam tubuhnya tersembunyi rahsia yang mampu menyelamatkan umat manusia … atau menghapuskan semuanya.

Demi menjamin kelangsungan hidup manusia, sekumpulan tentera upahan yang menggelar diri mereka The Patriots ditugaskan untuk mengiringi A700 menempuh perjalanan berbahaya merentasi tanah air yang telah hancur. Dari kota-kota mati hingga ke hutan liar yang dipenuhi makhluk yang sudah dijangkiti, mereka bertarung bukan sekadar untuk bertahan—tetapi untuk menangguhkan kiamat yang mungkin sudah terlalu hampir.