[NUKTAH BOOKS] Remaja Akhir Zaman: Pimpin Aku ke Syurga (Z3)
- Regular price
- RM 20.00
- Sale price
- RM 20.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Tajuk: Remaja Akhir Zaman: Pimpin Aku ke Syurga
ISBN: 9789672739753
Penerbit: Nuktah Books
Muka Surat: 88 m/s
Halaman:Berwarna
Penulis: Aiman Khair
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft Cover
Berat (kg): 0.2
Dimensi (cm): 19 x 13 x 0.5
SINOPSIS
Buku ini untuk anak-anak muda dan remaja yang boleh dijadikan panduan untuk proses healing (penyembuhan) daripada segala masalah dan konflik keremajaan mengikut acuan Islam yang benar.
Pengarang terpanggil untuk menulis buku ini kerana melihat sendiri bagaimana parahnya generasi yang ada hari ini. Pengalaman pengarang sewaktu berprogram bersama anak-anak muda di pusat koreksional, rumah perlindungan wanita, dan sekolah-sekolah telah membuka mata dan telinga untuk melihat dan mendengar realiti cabaran yang dihadapi anak muda pada zaman kini.
Cabaran dan ujian yang dihadapi mereka menyebabkan kebanyakan mereka yang ditemui terjerumus dan ketagih melakukan dosa berulang-ulang kali. Mereka malangnya mencari ketenangan dengan bermaksiat, yang akhimya menyebabkan masalah semasa yang dihadapi bukan sahaja tidak selesai, malah bertambah pula masalah baharu yang membelenggu hidup mereka.
Mudah-mudahan, dengan membaca buku ini memberikan petunjuk kepada anak-anak muda dan remaja mengikuti piawaian seorang Muslim terbaik.