• WHITE BACKGROUND dpn tuhan
  • WHITE BACKGROUND isi tuhan
  • WHITE BACKGROUND blkg tuhan
1

MUST READ

[MUSTREAD] Tuhan, Pilihlah Aku (L50,BL45)

Regular price
RM 22.50
Sale price
RM 22.50
Regular price
RM 25.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: [MUSTREAD] Tuhan, Pilihlah Aku 

ISBN: 9786297836249

Penerbit: MUSTREAD

Muka Surat: 175 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Raka El Fana

Tahun Terbitan: 2026

Format: Softcover

Berat (kg): 0.22 kg

Dimensi (cm): 1.1 cm x 19 cm x 13.2 cm



SINOPSIS

Selama bertahun-tahun, dia hidup dalam dua dunia.

Di mata manusia, dia kelihatan baik, tenang dan beragama.

Namun di balik senyuman, dosa diulang, hati kosong dan jiwa semakin letih.

Ketika satu demi satu nikmat ditarik, diri tidak lagi mampu berpura-pura kuat. Sahabat pula menjauh. Dan yang paling menyakitkan, diri terasa semakin jauh daripada Tuhan.

Dalam kejatuhan itulah, lahir satu doa yang jujur, “Tuhan, pilihlah aku.”

Buku ini ditulis untuk kamu yang pernah rasa terlalu berdosa untuk kembali. Untuk kamu yang penat berpura-pura kuat, sedangkan hati sebenarnya kosong. Untuk kamu yang pernah tertanya-tanya, “Masih layakkah aku dipilih Tuhan?”

Tuhan, Pilihlah Aku bukan tentang menjadi sempurna. Ia tentang berani mengaku lemah, berani menangis dalam sujud dan berani melangkah pulang walau terasa tidak layak.

Di dalamnya, kamu akan belajar bahawa rahmat Allah SWT tidak berkurang kerana masa silammu, dan Dia tidak pernah berhenti menunggu kamu kembali.

Kerana selagi nafas masih ada, pintu itu masih terbuka.