• WHITE BACKGROUND - 2026-07-23T172425.820
  • WHITE BACKGROUND - 2026-07-23T172512.361
  • WHITE BACKGROUND - 2026-07-23T172613.081
1

Karya Publika

[KARYA PUBLIKA] Novel Rasuk

Regular price
RM 30.51
Sale price
RM 30.51
Regular price
RM 35.90
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sebelum 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sebelum 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Rasuk

ISBN: 9789672394532

Penerbit: Karya Publika

Muka Surat: 441 m/s

Halaman: Hitam putih

Penulis: Lyla, Aziyah, Julie Jasmin

Tahun Terbitan: 2026

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.43 kg

Dimensi (cm): 3.5cm x 20cm x 13cm



SINOPSIS

KEDAI SYAITAN – LYLA


"Aku dah kata belum masanya kau mendapat korbanmu. Tunggu ada yang datang." Dia berbicara dengan guci yang penuh dengan semangat dendam dan lapar itu. Guci dengan permukaan yang bermotif ayat jawa kuno itu bukan semua orang mampu membaca dan mentafsirkannya. – GANTAR

"Apa yang Wan faham, barangan yang dijual oleh Gantar sebenarnya diperoleh dengan cara yang tragis. Misalnya kotak musik yang dibeli Cik Lydia semalam itu ada penunggunya. Makhluk itu yang cuba menjadikan pembelinya sebagai tumbal berdasarkan akad jual beli yang sebenarnya menjadi korban untuk ritual perniagaan antiknya tetap bertahan lama." – IRWANSYAH


GAMBAR ANTIK ELISE – JULIE JASMIN


"Aku sudah membalas rasa sakit hati kau, Suri. Aku memang kawan yang baik, kan? Hehehe..." lalu kelibat Elise menghilang bagai ditelan angin sama seperti mana ia muncul. – ELISE

Mata Farah membuntang bulat dengan apa yang telah dilihatnya. Terbit renik-renik peluh di dahi. Dia beku tidak boleh bergerak langsung. Tiba-tiba kepala Farah menjunam ke meja dengan pensil mekanikal yang sedang berdiri tegak terus mencucuk biji mata kiri Farah. – FARAH

"Akak ni asyik nakkan perhatian saja. Are you an attention seeker? Benganglah Sara macam ni. Macam akak sorang saja yang ada problem, orang lain tak ada!" bentak Sara. – SARA


SUMPAH TABUNG ANTIK – AZIYAH


Saya pertama kali datang sini, saya suka tengok barang-barang lama ni, unik. – ANI

Mak usu nak ketuk Alia dengan tu? – ALIA

Kau nak bunuh anak aku ke? – EMBUN

Jangan usik tabung ini, aku dah cakap banyak kali. – ANI

Dah sampai macam ni, kamu masih nak ambil ringan ke Rahman? Mana tabung tu? – IMAM MALIK