• WHITE BACKGROUND DHANIYYAH - 2026-10-12T105731.280
  • WHITE BACKGROUND DHANIYYAH - 2026-10-12T113313.718
  • WHITE BACKGROUND DHANIYYAH - 2026-10-12T105845.743
1

Iman Publication

[IMAN] Konspirasi Elitis

Regular price
RM 29.75
Sale price
RM 29.75
Regular price
RM 35.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sebelum 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sebelum 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Konspirasi Elitis

ISBN: 9786299217961

Penulis: Emmiyya

Penerbit: Iman Publication

Muka Surat: 518 m/s

Halaman: Hitam Putih

Tahun Terbitan: 2026

Format: Soft Cover

Berat (kg): 0.5 kg

Dimensi (cm): 4cm x 19cm x 14cm


SINOPSIS

Kematian mahasiswi cemerlang, Teja, ditutup sebagai kes bunuh diri. Namun, Dr. Jasmeen tahu itu bukan kes pertama di Universiti Dar Ilmi – sebuah kampus yang menuntut kesempurnaan daripada pelajar dengan cara yang kejam. 

Setiap kesalahan membawa hukuman. Setiap gerak-geri diawasi. Dan kini, dron memenuhi ruang udara universiti. 

Apabila Dr. Jasmeen mula membongkar sistem tidak manusiawi ini dengan mengkaji pelaksanaannya, dia pula menjadi sasaran. Terdesak, dia terpaksa bekerjasama dengan seorang yang dibencinya – Dr. Haz Azri, profesor berpengaruh yang baru pulang dari Switzerland. 

“Masa kita tak banyak, Dr. Haz.” 

“That’s not my problem. Kajian ini kena lebih baik, kalau tak macam mana awak nak bawa ke pihak atasan?” 

Pada saat nyawa ramai pelajar terancam, mampukah mereka mengetepikan persengketaan mereka sebelum terlambat?  

Dan apakah sebenarnya yang terjadi di Universiti Dar Ilmi – sehingga pelajar lebih sanggup memilih kematian? 

*** 

Konspirasi Elitis adalah sebuah novel thriller distopia berlatarkan sebuah universiti pada masa hadapan yang menggunakan sistem AI yang mengancam dan membahayakan pelajarnya sendiri. Demi prestij dan reputasi, berbaloikah nyawa pelajar dipertaruhkan?