IBDE
[IBDE] Pedoman Buat Muda-Mudi Muslim Mengharung Dunia Moden
- Regular price
- RM 63.00
- Sale price
- RM 63.00
- Regular price
-
RM 70.00
Share
Tajuk: Pedoman Buat Muda-Mudi Muslim Mengharung Dunia Moden
ISBN: 9786297812298
Penerbit: IBDE Ilham Sdn Bhd
Muka Surat: 282
Halaman: Hitam putih
Penulis: Seyyed Hossein Nasr
Tahun Terbitan: 2026
Format: Hard cover
Berat (kg): 0.58kg
Dimensi (cm): 3cm x 23.6cm x 15.5cm
SINOPSIS
Pedoman buat Muda-Mudi Muslim
Mengharung Dunia Moden, karya Seyyed Hossein Nasr, ditulis khusus buat umat Islam-terutamanya golongan muda. Buku ini mengajak kita mengenali agama dengan lebih mendalam, sambil memahami dunia moden melalui sudut pandang Islam, agar kita mampu menghadapi cabaran zaman dengan lebih bijak dan bermakna. Sebagai sebuah pedoman, karya ini menghuraikan dengan jelas ajaran-ajaran asas Islam sebagaimana yang diwahyukan dalam al-Quran, diterangkan melalui Hadis dan Sunnah, serta dihuraikan oleh para ulama dan pemikir Islam sepanjang zaman. Buku ini turut memperkenalkan garis besar tradisi keagamaan dan intelektual Barat, bagi membantu pembaca memahami latar pemikiran yang membentuk dunia moden. Nasr menegaskan bahawa dunia Barat telah melahirkan ramai orientalis yang mengkaji Islam dari sudut pandang mereka sendiri. Namun, dunia Islam masih kekurangan oksidentalis-sarjana yang mampu meneliti pelbagai aspek tamadun Barat, daripada sains hingga seni, daripada agama hingga tingkah laku sosial, dari perspektif Islam. Buku ini mengajak golongan muda-mudi daripada tradisi agama lain supaya menjadi insan yang bertanggungjawab dan berprinsip dalam dunia moden, dengan menyedari betapa pentingnya identiti budaya dan warisan mereka sendiri.