HA NOVEL
[HA NOVELS] Hidden Heart
- Regular price
- RM 38.25
- Sale price
- RM 38.25
- Regular price
-
RM 45.00
Share
Tajuk: Hidden Heart
ISBN: 9786299420668
Penerbit: HA Novels
Muka Surat: 504 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Mia Azwari
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 1 kg
Dimensi (cm): 4 cm x 20 cm x 13 cm
SINOPSIS
Engku Haidar,
Lelaki dingin yang menyimpan kebencian terhadap ayah kandungnya sejak tragedi 10 tahun
yang lalu. Gara-gara belum berkahwin, dia dituduh menjalinkan hubungan sejenis. Demi menghalang rancangan papa untuk menjadikan dia sebagai alat ‘urus niaga’, dia mengupah seseorang untuk menjadi teman wanitanya.
“Siapa nama kau?”
“Elani.”
Tanpa disangka, pertemuan itu telah mengubah kehidupan mereka. Elani perlukan Haidar untuk mencapai matlamat. Haidar pula perlukan Elani untuk menutup fitnah ke atas dirinya.
“Saya… nak encik jadikan saya sebagai isteri. Saya tak nak apa yang kita buat nanti sekadar lakonan.”- Elani
“Kau sedar tak apa yang kau minta dengan aku ni?”- Haidar
Gadis itu terlalu licik di mata Haidar. Permintaan Elani membuatkan Haidar berasa tercabar. Lalu dia akur untuk menjadikan gadis itu sebagai isteri.
Elani fikir semuanya akan mudah jika dia hanya mengikut rentak lelaki itu selepas bergelar isteri. Namun sebaliknya yang berlaku apabila Elani jatuh cinta dengan suami sendiri.
“Apa sebenarnya hubungan kita sekarang?”- Elani
“Lani isteri abang.”-Haidar
Saat mereka mulai bahagia, kepercayaan Haidar hilang sekelip mata terhadap isterinya. Semuanya disebabkan penipuan yang dilakukan oleh Elani.
“Jadi ini wajah sebenar kau?”- Haida
Benarkan Elani hanya mempergunakan Haidar untuk mencapai impiannya? Dan apakah rahsia yang disimpan oleh Elani daripada Haidar?
“Aku takkan kahwin dengan Ley. Rosak keturunan nanti. Euw. Cukuplah Sky dengan Gun je.”
Itulah kata-kata yang pernah dilafazkan oleh Gia Hererna.
Namun siapa sangka, takdir boleh berubah 360 darjah apabila lelaki yang dicintainya sepenuh hati, tidak muncul pada hari perkahwinan mereka.