• 1
  • 2
  • 3
1

Akrab Associates Sdn Bhd

[AKRAB ASSOCIATES] Sejarah 21 Kesultanan Melayu Yang Runtuh

Regular price
RM 35.61
Sale price
RM 35.61
Regular price
RM 41.90
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sebelum 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sebelum 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Sejarah 21 Kesultanan Melayu Yang Runtuh

ISBN: 9786299461463

Penulis: Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Penerbit: Akrab Associates Sdn Bhd

Muka Surat: 354

Halaman: Berwarna

Tahun Terbitan: 2026

Format: Softcover

Berat (kg): 0.48kg

Dimensi (cm): 1cm x 20cm x 14cm



SINOPSIS

AKHIRNYA, nama Kesultanan Melayu hanya tinggal sejarah dan kenangan berladungkan air mata dan darah. Puncanya apabila Pembunuhan Raja-Raja Melayu berlaku di Indonesia pada 3 Mac 1946. Lantaran kekejaman komunis, Sasterawan Bangsa yang terbilang, Tengku Amir Hamzah turut dibunuh. Fitnah juga dilontar kepada anak bangsa Melayu. Melayu di Sumatera yang menentang Belanda, menentang Jepun, akhirnya diletakkan di dalam sistem republik. Maka musnahlah institusi Raja Melayu. Kesemua 21 kesultanan Melayu di Nusantara sudah runtuh. Sekarang hanya berbaki 10 kesultanan Melayu dengan institusi beraja paling lama bertakhta di Nusantara masih ada di Semenanjung Tanah Melayu yang sekarang dipanggil Malaysia. Seorang sarjana Portugis mendedahkan bahawa Kerajaan Melayu-Islam bukan saja berkembang di Melaka, Johor dan Acheh malah juga di Ambon, Ternate dan Tidore sekitar tahun 1500-an. Dr Gijs L Koster dari Universiti of The Minho, Braga, Portugal berkata, semua kesultanan Islam itu di samping kerajaan Pasai, Minang dan Maluku turut sama memberi tentangan hebat terhadap penjajah Portugis selepas kejatuhan Melaka pada 1511. Dr Gijs L Koster turut mendedahkan beberapa perkara menarik, iaitu Hikayat Tanah Hitu, dikarang oleh Imam Besar Ambon Saipul Hijali yang mengandungi banyak kisah perjuangan kesultanan Melayu-Islam di rantau ini.

Mengenai kerjasama kerajaan Melayu itu, Dr Gijs L Koster berkata Melaka, Johor dan Acheh membentuk jalinan tiga segi dan kadangkala di antara dua kerajaan saja seperti Acheh dengan Johor dan Johor dengan Melaka. Pada satu ketika, armada Acheh dilengkapi meriam besar dibeli dari Turki dibantu oleh berpuluh kapal dari Johor membedil kota Melaka untuk menangkap seorang kapitan Portugis yang kejam dan bengis. 'Orang Portugis menganggap kapitan yang berjaya ditangkap itu sebagai mati 'syahid' kerana rela dibunuh saja daripada murtad iaitu menukar agama daripada Nesrani kepada Islam,' kata Dr Gijs L Koster.

Turki pada zaman itu, kata Dr Gijs L Koster, dianggap sebagai Amirul Mukminin dan turut sama memberi bantuan kepada Acheh adalah kerajaan Gujarati di India. Dalam sebuah ceramah, Dr Gijs L Koster turut memaparkan gambar-gambar lukisan Portugis yang belum pernah dilihat di sini menceritakan pelbagai kisah menarik dan wajah bandar Melaka dan tanah jajahan lain. Selain membina kubu dan benteng, Portugis memastikan 'felorina' iaitu sebatang tiang tempat hukuman mati dilaksanakan dibina dekat tengah kota termasuk di Melaka. Felo Penyelidik Utama ATMA, Prof Dr Ding Choo Ming mengakui bahawa Hikayat Hitu belum pernah diselidiki oleh sarjana-sarjana Melayu/Nusantara malah banyak perkara yang didedahkan oleh Dr Gijs L Koster adalah kisah-kisah yang perlu dikaji yang kini tersimpan di arkib-arkib di Portugal. Kesultanan Melayu Melaka dihancurkan penjajah Portugis pada tahun 1511. Hingga kini Sultan Melaka tidak ditabal semula kerana sistem demokrasi yang lebih mementingkan sistem undi rakyat.