Akrab Associates Sdn Bhd
[AKRAB ASSOCIATES] Ashabul Kahfi Rahsia Keagunganya
- Regular price
- RM 33.91
- Sale price
- RM 33.91
- Regular price
-
RM 39.90
Share
Tajuk: Ashabul Kahfi Rahsia Keagunganya
ISBN: 9786299461494
Penulis: Syed Smahadzir Syed Ibrahim
Penerbit: Akrab Associates Sdn Bhd
Muka Surat: 294
Halaman: Berwarna
Tahun Terbitan: 2026
Format: Softcover
Berat (kg): 0.40kg
Dimensi (cm): 1cm x 20cm x 14cm
SINOPSIS
Kisah Ashabul Kahfi adalah sebuah kisah mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan bangun semula selepas 309 tahun kemudian. Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Decius dari Rom, beberapa ratus tahun selepas diutus-Nya Nabi Isa. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian digunakan sebagai tempat persembunyian. Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.
Firman Allah SWT: "Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka." (surah Al-Kahfi: 22)
Menurut Ibn Abbas pendapat yang kuat iaitu tujuh orang dan yang kelapan termasuk anjing. Dikatakan nama pemuda-pemuda tersebut adalah Tamlikha, Miksalmina, Mikhaslimia, Martelius, Casitius, Sidemius dan seorang pengembala kambing bersama anjingnya Qithmir. Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion. Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Pemuda (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1,400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah SWT telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap pemuda-pemuda itu dalam Al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Raja Decius dari Rom (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masehi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam selepas terjaganya pemuda-pemuda beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, selepas berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina. Profesor Muhammad Taisir Dhabyan dalam bukunya Penemuan Besar Abad 20: 7 Pemuda Tiga Abad menyatakan gua tersebut terletak di 7 km tenggara bandar baru Amman, Jordan. Peristiwa Ashabul Kahfi begitu istimewa sehingga surah dinamakan Al-Kahfi.