• 1
  • 2
  • 3
1

Akrab Associates Sdn Bhd

[AKRAB ASSOCIATES] Al-Malhamah Al-Kubro vs Armageddon: Pembunuhan Dajjal di Bab Ludd

Regular price
RM 37.31
Sale price
RM 37.31
Regular price
RM 43.90
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sebelum 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sebelum 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk:  Al-Malhamah Al-Kubro vs Armageddon: Pembunuhan Dajjal di Bab Ludd

ISBN: 9786299461449

Penulis: Smahadzir 

Penerbit: Akrab Associates Sdn Bhd

Muka Surat: 376

Halaman: Berwarna

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 0.47kg

Dimensi (cm): 1cm x 20cm x 14cm



SINOPS

Kelak Palestin akan menjadi negeri tempat bertarungnya Nabi Isa dengan Dajjal hingga berhembusnya angin yang akan mematikan semua orang yang beriman. Kelak Nabi Isa akan diturunkan Allah SWT di timur Damaskus. Lalu Nabi Isa akan mencari Dajjal dan membunuhnya di pintu Ludd (Palestin). Namun tentang pertempuran besar yang akan terjadi pada akhir zaman yang melibatkan antara umat Muslim dengan Yahudi Israel dan sekutunya ternyata juga dikhabarkan dalam Alkitab. Orang-orang Yahudi dan Nasrani menyebut pertempuran besar akhir zaman itu dengan istilah Armageddon.

Armageddon adalah nama sebuah gunung di Palestin. Erti Armageddon sendiri berasal dari bahasa Yunani, iaitu Ar bererti gunung (Har dalam bahasa Ibrani/Hebrew) dan Mageddon = Magiddo adalah nama kota purba di wilayah Israel sebelah Utara. Kota Magiddo terletak di pergunungan Samaria, di mana gunung ini membentang dari Magiddo di utara sehingga ke Hebron di selatan. Pada episod akhir zaman nanti, Isa putera Maryam akan turun untuk menghakimi orang Yahudi atau Israel, Baitul orang-orang Yahudi keturunan Samiri si penyembah lembu, serta semua yang menjadi penyokongnya. Mereka bersama penyokong-penyokongnya akan berkumpul di Gunung Magiddo. Di sinilah Dajjal si pendusta besar berperanan dalam terwujudnya pertempuran akhir zaman. Di tengah-tengah peperangan itu, Allah SWT akan memberi hentaman yang keras (al-bathsyah Al-Kubro) yang menghentam tepat bala tentera Israel. Sehingga mereka terbunuh dengan hebatnya. Puncak dari peperangan itu, Allah SWT akan menurunkan Isa putera Maryam untuk membunuh Dajjal dan para pengikutnya.

Peperangan Armageddon ini mempunyai rentang waktu yang lama. Sehingga menyeret semua negara ke dalam dua poros, iaitu poros kaum kafir yang dipimpin oleh Dajjal dan poros kaum Muslimin yang dipimpin oleh Al-Mahdi, jelas Wisnu Sasongko. Lebih lanjut beliau menuliskan bahawa di tengah-tengah berkecamuknya perang ini, turunlah pertolongan Allah SWT kepada kaum Muslimin iaitu dengan diturunkannya Isa Al-Masih putera Maryam. Isa akan turun di menara putih di Timur Damaskus ketika menjelang fajar. Kemudian Isa masuk ke markas kaum Muslimin dan ikut dalam barisan solat subuh. Selepas itu baginda bersama Al-Mahdi akan memimpin kaum Muslimin menyerbu seluruh markas kaum kafir, bahkan berjaya membunuh Dajjal dan seluruh orang kafir. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyebutkan bahawa Isa akan turun nanti di akhir zaman pada waktu fajar subuh (pada malam terakhir waktu sebelum subuh) kemudian ikut solat bersama kaum Muslimin. Dikatakan juga oleh Isa bahawa orang yang berbahagia adalah orang yang selalu berjaga-jaga kerana merekalah yang akan ditemui oleh Isa. Ternyata, berjaga-jaga dalam bahasa Arab adalah qiyam iaitu solat malam (qiyamullail) dan solat subuh.