MOHD AYOP
[MOHD AYOP] Kerangka Pemikiran Muslim: Akidah, Ibadah & Akhlak
- Regular price
- RM 17.00
- Sale price
- RM 17.00
- Regular price
-
RM 20.00
Share
Tajuk: Kerangka Pemikiran Muslim: Akidah, Ibadah & Akhlak
ISBN: 9786299249139
Penulis: Mohd Ayop Abd Razid
Penerbit: Mohd Ayop
Muka Surat: 137
Halaman: Hitam Putih
Tahun Terbitan: 2026
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.18kg
Dimensi (cm): 1cm x 21cm x 14cm
SINOPSIS
Buku yang berjudul 'Kerangka Pemikiran Muslim: Akidah, Ibadah dan Akhlak' ini mengandungi 30 bab (artikel) yang menyentuh beberapa mauduk atau topik yang berkaitan dengan aspek-aspek tasawwur Islam merangkumi Akidah, Ibadah dan Akhlak (Tasawuf). Bermula dari bab pertama yang menjelaskan tentang 'fikrah Islamiah' sehinggalah ke bab yang terakhir, iaitu 'Kesan Kepercayaan Terhadap Hari Akhirat' semuanya ditulis mengikut kerangka pemikiran Islam atau 'fikrah Islamiah' yang sepatutnya dimengerti atau difahami oleh setiap Muslim supaya dapat membezakan antara yang haq (benar) dan yang batil (palsu).
Walaupun ada pandangan-pandangan dari pemikiran moden yang dimasukkan dalam perbincangan tetapi ianya sebagai perbandingan antara pemikiran Islam dan pemikiran moden yang bebas dari roh agama.
Akidah, Ibadah dan Akhlak (Tasawuf) merupakan tiga serangkai yang menjadi perkara asas dalam kehidupan seorang Muslim. Ketiga-tiganya tali temali antara satu sama lain dengan Akidah Tauhid sebagai teras atau 'foundation' yang menunjangi kehidupan umat Islam. Ia menjadi tapak asas di mana segala pemikiran mengenai Islam dan amal ibadah seorang Muslim mestilah tidak tergelincir atau terkeluar dari persoalan mengenai tauhidullah.
Secara keseluruhannya topik-topik yang terkandung dalam buku ini cuba menyentuh dan membincangkan hubungan 'ad-Din' dalam kehidupan orang Mukmin yang beriman kepada Allah SWT dan 'Yaumul Baats' (Hari Kebangkitan) . Walaupun buku ini ditulis dalam bingkai ilmiah, namun ia ditulis dengan bahasa yang mudah difahami oleh semua pembaca.