[QURLAD] Rumah Ibu (L106)
- Regular price
- RM 38.25
- Sale price
- RM 38.25
- Regular price
-
RM 45.00
Share
Tajuk: Rumah Ibu
ISBN: 9786299223108
Penerbit: Qurlad
Muka Surat: 270 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Mama Mimi
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 0.27 kg
Dimensi (cm): 2.5cm x 19cm x 13cm
SINOPSIS
“Kalau nak berjaya, jangan jadi macam ibu.”
Ada satu suara yang Maryam tak akan pernah lupa. Meskipun susuk itu telah tiada, namun segala kata-katanya meresap dan terpahat kukuh dalam jiwa.
Suara itu bukan sekadar kata-kata. Malah, ia tinggal dan membesar bersama dirinya selama ini.
Malah, beberapa jam sebelum abah kemalangan jalan raya, Maryam sempat berbual dengan abah melalui corong telefon.
“Abah bangga dengan Maryam. Tak perlu bergantung dengan suami. Ada kewangan yang cukup, ada harta yang banyak. Maryam jangan risau, abah yakin Maryam boleh jadi orang hebat.”
Gelak kecil mengakhiri perbualan Maryam dengan abah sebelum tragedi hitam berlaku dalam hidupnya, iaitu kehilangan seorang abah yang menjadi pendorong dalam hidup Maryam.
Sejak kecil, Maryam hidup dalam bahasa abah bahawa kejayaan seseorang dinilai dengan harta dan material yang diperolehi.
Maryam membesar menjadi wanita yang dia impikan. Berdikari, bekerjaya, berharta. Dia kejar semua yang abah selalu kata.
Dan dia berjaya membenarkan kata-kata abah.
Sehinggalah hidup mengembalikan Maryam ke tempat yang sama seperti ibu.
Adakah ini bererti Maryam tidak akan berjaya dalam hidup seperti ibu?
Rumah Ibu adalah kisah Maryam dibesarkan, bukan dengan harta tetapi dengan cinta dan pengorbanan seorang ibu.