• j20
  • j20 (2)
  • j20 (3)
  • j20 (4)
1

IBDE Ilham

[IBDE] Jilid 20- Kitab Mengingati Mati - Ihya' Ulumuddin (Hardcover)

Regular price
RM 72.00
Sale price
RM 72.00
Regular price
RM 80.00
JIMAT 10%
Pos hari sama - order sebelum 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sebelum 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Jilid 20- Kitab Mengingati Mati - Ihya' Ulumuddin (Hardcover)

ISBN: 9786297812465

Penerbit: IBDE Ilham

Muka Surat: 408 m/s 

Halaman: Hitam Putih 

Penulis: Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali

Tahun Terbitan: 2026 

Format: Hard Cover 

Berat (kg): 0.60 kg

Dimensi (cm): 3.5 cm x 23.5 cm x 15.4 cm



SINOPSIS

Mati itu pasti untuk setiap yang bernyawa, cuma detiknya berbeza-beza dan hanya diketahui Allah swr. Bagi sälik, kematian menjadi langkah penting untuk menemui Allah swt malah mati hanya sekali, maka persediaan menghadapinya perlu secara berterusan agar pengakhiran yang baik itu tidak terluput. Demi tujuan itu, al-Ghazālī memuatkan huraian penting perihal kematian, kisah golongan terdahulu tentangnya dan peristiwa hari akhirat yang bakal dihadapi setiap insan. Demikianlah isi penting KITAB MENGINGATI MATI daripada Suku Munjiyat dalam Ihya Ulum ad-Din.

THYA 'ULUM AD-DIN merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah kitab dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.

ABU HAMID MUHAMMAD BIN MUHAMMAD AL-GHAZĀLĪ (450-505H) adalah ilmuwan penting Islam yang hidup pada kurun kelima Hijrah. Beliau digelar al-Mujaddid, al-Imām dan Hujjah al-Islām dek keluasan ilmunya. Beliau menghasilkan banyak karya agung yang masyhur mencakupi pelbagai bidang.