IBDE Ilham
[IBDE] Jilid 17 - Kitab Berharap, Takut, Fakir dan Zuhud - Ihya' Ulumuddin (Hardcover)
- Regular price
- RM 72.00
- Sale price
- RM 72.00
- Regular price
-
RM 80.00
Share
Tajuk: Jilid 17 - Kitab Berharap, Takut, Fakir dan Zuhud - Ihya' Ulumuddin (Hardcover)
ISBN: 9786297812441
Penerbit: IBDE Ilham
Muka Surat: 408 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali
Tahun Terbitan: 2026
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.60 kg
Dimensi (cm): 2.3 cm x 23.5 cm x 15.4 cm
SINOPSIS
Berharap dan takut ibarat sepasang kepak yang menerbangkan seorang salik setahap lebih lagi menuju matlamat tertinggi. Tatkala sifat berharap mendorongnya memperbanyak amal kebaikan, sifat takut membantunya menghindari kemaksiatan. Sementara itu, sifat fakir menetapkan sang salik rasa kebergantungannya kepada Allah Yang Maha Kaya, manakala sifat zuhud menyusuli, memalingkan sang sālik itu daripada dunia yang fana kepada akhirat yang baqa. Demikianlah peri penting KITAB BERHARAP, TAKUT, FAKIR DAN ZUHUD daripada Suku Munjiyat dalam Ihya Ulum ad-Din.
IHYA 'ULUM AD-DĪN merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah kitab dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.
ABU HAMID MUHAMMAD BIN MUHAMMAD AL-GHAZALĪ (450-505H) adalah ilmuwan penting Islam yang hidup pada kurun kelima Hijrah. Beliau digelar al-Mujaddid, al-Imām dan Hujjah al-Islam dek keluasan ilmunya. Beliau menghasilkan banyak karya agung yang masyhur mencakupi pelbagai bidang.