IBDE Ilham
[IBDE] Jilid 16 -Kitab Taubat, Sabar dan Syukur - Ihya' Ulumuddin (Hardcover)
- Regular price
- RM 72.00
- Sale price
- RM 72.00
- Regular price
-
RM 80.00
Share
Tajuk: Jilid 16 -Kitab Taubat, Sabar dan Syukur - Ihya' Ulumuddin (Hardcover)
ISBN: 9786297812427
Penerbit: IBDE Ilham
Muka Surat: 488 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali
Tahun Terbitan: 2026
Format: Hard Cover
Berat (kg): 0.70 kg
Dimensi (cm): 4.2 cm x 23.5 cm x 15.4 cm
SINOPSIS
KITAB TAUBAT, SABAR DAN SYUKUR daripada Suku Munjiyat dalam Ihya Ulum ad-Din menegaskan kepentingan taubat sebagai maqam pertama bagi seorang pendamba jalan akhirat untuk mendekatkan diri kepada Allah swr. Taubat yang tulus hendaklah didasari oleh tauhid yang jitu demi menghasilkan iman yang murni. Seterusnya, kemanisan iman yang murni itu hanya dapat dirasai apabila ia digandingkan dengan ilmu, häl dan amalan yang benar berkaitan sabar dan syukur kerana sabar dan syukur itu pelengkap bagi iman, bahkan maqam yang menyusuli taubat.
IHYA 'ULUM AD-DIN merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah kitab dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.
ABU HAMID MUHAMMAD BIN MUHAMMAD AL-GHAZĀLĪ (450-505H) adalah ilmuwan penting Islam yang hidup pada kurun kelima Hijrah. Beliau digelar al-Mujaddid, al-Imām dan Hujjah al-Islam dek keluasan ilmunya. Beliau menghasilkan banyak karya agung yang masyhur mencakupi pelbagai bidang.