IBDE Ilham
[IBDE] Jilid 12- Kitab Kemudaratan Dua Syahwat dan Kemudaratan Lisan - Ihya' Ulumuddin (Hard Cover)
- Regular price
- RM 72.00
- Sale price
- RM 72.00
- Regular price
-
RM 80.00
Share
Tajuk: Jilid 12- Kitab Kemudaratan Dua Syahwat dan Kemudaratan Lisan - Ihya' Ulumuddin
ISBN: 9786297812229
Penerbit: IBDE Ilham
Muka Surat: 318 M/S
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Abu Hamid Muhammad Bin Muhammad Al-Ghazali
Tahun Terbitan: 2026
Format: Hard Cover
Berat (kg): 0.50 kg
Dimensi (cm): 3 cm x 23.8 cm x 15.2 cm
SINOPSIS
Penyakit hati dalam Suku Muhlikat dalam Ihya Ulüm ad-Din mula dikupas dengan terperinci dalam jilid ini yang menggabungkan KITAB KEMUDARATAN DUA SYAHWAT DAN KEMUDARATAN LISAN. Kitab pertama menghuraikan perihal syahwat perut yang menjadi punca utama bagi segenap penyakit hati, lalu diikuti pula syahwat alat kelamin dan segala macam jalan untuk menundukkan kedua-duanya. Penyakit hati yang ketiga terpenting ialah penyakit lisan lantaran peranannya yang sangat besar dalam mengeyakan atau menidakkan setiap perkara, misalnya dua kalimah syahadah yang boleh membezakan keimanan dan kekufuran.
IHYA 'ULUM AD-DIN merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah kitab dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.
ABU HAMID MUHAMMAD BIN MUHAMMAD AL-GHAZALĪ (450-505H) adalah ilmuwan penting Islam yang hidup pada kurun kelima Hijrah. Beliau digelar al-Mujaddid, al-Imām dan Hujjah al-Islām dek keluasan ilmunya. Beliau menghasilkan banyak karya agung yang masyhur mencakupi pelbagai bidang.