• PHOTO (6)
  • PHOTO (7)
  • download (15)
  • DUNIA 1
  • DUNIA 2
1

[IBDE] Dunia Kini Milik China? (Hardcover) (Z13,Y40)

Regular price
RM 59.50
Sale price
RM 59.50
Regular price
RM 70.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sblm 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sblm 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Dunia Kini Milik China? (Hardcover)

ISBN: 9789670037752

Penerbit: IBDE Ilham

Muka Surat: 288 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Kishore Mahbubani

Tahun Terbitan: 2025

Format: Paperback

Berat (kg): 0.40

Dimensi (cm): 3 cm x 24 cm x 16 cm



SINOPSIS

Adakah Amerika Syarikat masih menjadi kuasa besar? Atau China, sebuah negara dengan tamadun yang ribuan tahun usianya, telah memenangi pertarungan geopolitik? Dalam buku ini, Kishore Mahbubani, seorang tokoh diplomat dan bekas Setiausaha Majlis Keselamatan PBB, mengemukakan analisis yang tajam dan berani mengenai persaingan kuasa antara Amerika Syarikat dan China. Dengan menyelami isu politik, ekonomi, dan budaya, kita diajak meneliti bagaimana kedua-dua kuasa besar ini bersaing untuk menguasai dunia. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang kaya di pentas antarabangsa, pengarang mencabar pembaca untuk memahami perubahan landskap politik global dan meramal apakah akan terjadi kepada pelanduk apabila dua ekor gajah sedang bertelagah.

-----

Kishore Mahbubani ialah tokoh diplomat Singapura yang terkemuka. Dia pernah berkhidmat sebagai duta besar ke PBB dan juga merupakan dekan pertama Lee Kuan Yew School of Public Policy di National University of Singapore. Dia terkenal kerana pandangannya mengenai hubungan Asia-Barat dan bidang geopolitik.