• 1
  • 2
  • 3
1

[MIA AZWARI] Teman Hidup (Z19,Z21)

Regular price
RM 29.75
Sale price
RM 29.75
Regular price
RM 35.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sblm 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sblm 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: [MIA AZWARI] Teman Hidup

ISBN: 9786299649434

Penerbit: Mia Azwari Enterprise

Muka Surat: 337 m/s

Halaman: Hitam putih

Penulis: Lily Kaltsum

Tahun Terbitan: 2026

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.34 kg

Dimensi (cm): 3cm x 20.5cm x 12.5cm



SINOPSIS

Menjadi pembantu, bukanlah impiannya. Tetapi Inayah tetap bangga dengan pekerjaannya itu. Apatah lagi, Anisah sebagai majikan melayannya dengan begitu baik.

Namun, apabila tiba-tiba Anisah meminta dia berkahwin dengan suami wanita itu, Inayah terpaku.

"Saya nak meminang Ina untuk tuan. Saya nak Ina kahwin dengan tuan, jadi isteri tuan. Ina setuju?" – Anisah.

Lutfi terlalu mencintai Anisah. Impiannya, dia mahu hidup bahagia bersama Anisah sehingga ke syurga. Tapi permintaan Anisah yang mahu dia berkahwin dengan Inayah membuatkan Lutfi terkedu.

"Sayang nak abang kahwin dengan Inayah." – Anisah.

Percayalah, meminta suaminya untuk berkahwin lain, bukanlah perkara yang mudah. Jauh dalam hatinya dia juga rasa hancur. Tapi dia terpaksa melakukan semua ini demi lelaki kesayangannya itu.

"Sayang nak abang hidup bahagia. Dan sayang yakin hanya Inayah mampu beri abang kebahagiaan itu." – Anisah.

Mampukah Lutfi bersetuju dengan permintaan Anisah?

Sanggupkah Inayah menjadi orang ketiga?

Dan benarkah Anisah betul-betul rela melihat suaminya menikahi perempuan lain?