• 1
  • 2
  • 3
1

Penerbit USM

[PENERBIT USM] Di Sebalik Topeng Narsisistik (L89)

Regular price
RM 25.50
Sale price
RM 25.50
Regular price
RM 30.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sebelum 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sebelum 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Di Sebalik Topeng Narsisistik

ISBN: 9786294600478

Penulis: Bunga Ardhani

Penerbit: Penerbit Usm

Muka Surat: 103

Halaman: Hitam Putij

Tahun Terbitan: 2026

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.15kg

Dimensi (cm): 1cm x 20cm x 14cm



SINOPSIS

Buku Di Sebalik Topeng Narsisistik membawa pembaca menyelami kehidupan Dahlia, seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan penuh derita bersama Azman, suami yang kelihatan sempurna di mata masyarakat. Di luar, Azman digambarkan sebagai lelaki penyayang, pemurah, dan mementingkan keluarga. Namun di sebalik pintu rumah, dia seorang manipulator yang licik, mengawal setiap langkah, menindas, dan mendera emosi isterinya.


Sepanjang perkahwinan, Dahlia hidup dalam bayang-bayang kekejaman seorang suami yang menghidap Gangguan Personaliti Narsisistik. Hari demi hari, keyakinannya kian terhakis. Kepercayaan terhadap diri sendiri pudar, dan dunianya menjadi sunyi, terasing daripada mereka yang tidak memahami keadaannya. Namun di tengah-tengah keterasingan itu, Dahlia perlahan-lahan menemui semula kekuatan yang selama ini terpendam.


Buku ini bukan hanya mengisahkan penderitaan, tetapi juga perjuangan dan keberanian Dahlia memecahkan kitaran penderaan, melindungi anak-anak, dan membina semula mehidupannya daripada serpihan harapan yang berderai. Dalam pusaran cobaan dan manipulasi, mampukah Dahlia melepaskan diri daripada genggaman seorang suami yang narsisistik, lalu kembali mempercayai dunia di luar sana?


Buku Di Sebalik Topeng Narsisistik adalah sebuah kisah menyayat hati tentang trauma, keberanian, dan harapan. Ia menjadi suara kepada mereka yang hidup dalam penindasan senyap di sebalik tabir hubungan yang terlihat sempurna.