• 1
  • 2
  • 3
1

Penerbit USM

[PENERBIT USM] Allama Muhammad Iqbal Teori Personaliti dan Pembinaan Ego (KHUDI) (L91)

Regular price
RM 33.15
Sale price
RM 33.15
Regular price
RM 39.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sebelum 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sebelum 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk:  Allama Muhammad Iqbal Teori Personaliti dan Pembinaan Ego (KHUDI)

ISBN: 9786294600706

Penulis: Mohd Abbas Abdul Razak, Shaik Abdullah Hassan Mydin

Penerbit: USM

Muka Surat: 131

Halaman: Hitam Putih

Tahun Terbitan: 2026

Format: Soft Cover

Berat (kg): 0.28kg

Dimensi (cm): 1cm x 24cm x 16cm



SINOPSIS


Allama Muhammad Iqbal, seorang cendekiawan yang muncul selepas kejatuhan Empayar Mughal, telah menyaksikan kesan penjajahan Eropah terhadap dunia Islam. Perasaan kalah dan hilang kedaulatan ketika itu melemahkan semangat umat Islam untuk menjalani kehidupan yang dinamik. Keadaan ini menjadi lebih parah  dengan kewujudan segelintir sufi yang menekankan pengasingan diri dan sikap pasif terhadap kehidupan duniawi.


Melihat kemerosotan semangat untuk terlibat secara aktif dalam urusan sosial dan politik, Iqbal memperkenalkan aliran pemikiran baharu, iaitu falsafah ego dan teori personaliti. Pendekatan ini menggabungkan idea daripada al-Quran, sunah, hikmah ulama silam serta unsur positif pemikiran Barat yang selari dengan ajaran Islam.