[NUKTAH] Doa Mihrab 34 Doa & Amalan
- Regular price
- RM 18.00
- Sale price
- RM 18.00
- Regular price
-
RM 20.00
Share
Tajuk: Doa Mihrab 34 Doa & Amalan
ISBN: 9786299473077
Penerbit: Nutah Sdn. Bhd
Muka Surat: 100
Halaman: Berwarna
Penulis: Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa
Tahun Terbitan: 2026
Format: Soft Cover
Berat (kg): 0.16 kg
Dimensi (cm): 0.7 cm x 21cm x 15cm
SINOPSIS
Doa Mihrab ialah sebuah naskhah bimbingan rohani yang menghimpunkan doa-doa terpilih yang menjadi "talian hayat" buat hamba yang mendambakan ketenangan dan penyelesaian, terutamanya bagi mereka yang sedang mencari kekuatan jiwa dalam mengharungi kehidupan.
Dihasilkan oleh figura dakwah yang cukup sinonim dengan penyampaian yang menyentuh jiwa, iaitu Dr. Ustazah Norhafizah Musa, buku ini menampilkan jiwa, iaitu rahsia doa yang mampu mengubah takdir dan memberi impak kepada kekuatan mental serta emosi. Ia menggabungkan kefahaman syariat dengan pengalaman penulis dalam membentangkan keperihalan, menjadikan setiap doa yang dikongsi terasa begitu dekat dengan realiti kehidupan pembaca.
Doa Mihrab mengajak pembaca untuk tidak memandang doa sebagai sekadar rangkaian kata-kata, tetapi sebagai satu dialog intim antara hamba dengan Penciptanya. Buku ini merupakan panduan praktikal buat siapa sahaja yang ingin menghidupkan kembali "mihrab" di dalam hati mereka, iaitu ruang peribadi untuk mengadu, memohon, dan mencari ketenangan abadi melalui kekuatan doa yang diangkat dengan penuh keyakinan kepada Allah SWT.