• 1
  • 2
  • 3
1

MUST READ

[MUST READ] Niskala (L92)

Regular price
RM 29.75
Sale price
RM 29.75
Regular price
RM 35.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sblm 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sblm 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: [MUST READ] Niskala

ISBN: 9786297836317

Penerbit: Must Read

Muka Surat: 417 m/s

Halaman: Hitam putih

Penulis: Bahaduri Jati

Tahun Terbitan: 2026

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.50 kg

Dimensi (cm): 3cm x 19cm x 13cm



SINOPSIS

Laila dan adiknya, Aira diculik dan dibawa lari ke sebuah pulau terpencil. Mereka dan mangsa-mangsa lain terperangkap dalam satu sindiket pemerdagangan orang, Black Fang yang bekerjasama dengan satu kumpulan mafia Rusia.

Laila berjaya melarikan diri, tetapi dia diburu oleh ahli sindiket itu sehingga dirinya cedera parah. Dia terus melarikan diri tersesat ke sebuah kampung misteri yang dikenali sebagai Kampung Niskala. Di sebalik wajah polos penduduknya, tersembunyi satu rahsia yang telah dikuburkan sejak kejatuhan kota Melaka. Mereka bukan manusia biasa. Mereka adalah warisan terakhir Laskar Nirbayu, pendekar berkuasa luar biasa yang pernah menjadi senjata rahsia Kesultanan Melayu Melaka.

Laila diselamatkan dan diberi ramuan yang menjadikan dirinya mempunyai kuasa sama dengan penduduk kampung yang lain. Namun, penduduk yang lain telah bersumpah untuk tidak campur tangan lebih mendalam, jika tidak tulah Sultan Melaka bakal mengenai penduduk Kampung Niskala.

Apabila Biangkara, waris Aswara Hitam muncul, mereka tahu mereka tidak boleh lagi berdiam diri. Dia kembali ke kampung itu menuntut kembali dendam lama keturunannya yang hilang ditelan zaman.

Kini, satu perang yang telah lama dilupakan bakal tercetus semula. Laila juga sedar, dia bukan sekadar mangsa, tapi dialah kunci kepada kebangkitan sesuatu yang lebih gelap.