[MIA AZWARI] Let It Rain(Z22,Z21)
- Regular price
- RM 29.75
- Sale price
- RM 29.75
- Regular price
-
RM 35.00
Share
Tajuk: [MIA AZWARI] Let It Rain
ISBN: 9786299649410
Penerbit: Mia Azwari Enterprise
Muka Surat: 386 m/s
Halaman: Hitam putih
Penulis: Miasarah
Tahun Terbitan: 2026
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.38 kg
Dimensi (cm): 3cm x 20.5cm x 12.5cm
SINOPSIS
~Setelah hujan duka berhenti, kita akan bertemu lagi ~
Lily Khaleeda hanyalah gadis biasa tetapi mempunyai hati serta cinta yang luar biasa. Cinta di hati buat seorang lelaki bernama Khalid Zulkarnain tidak pernah difikirnya akan dibalas.
Kerana Allah perancang takdir yang terbaik, tiada siapa menduga jalan cerita. Niat Khalid yang ketika itu ingin membantu Lily disangka perbuatan maksiat oleh orang kampung.
"Lily memang cintakan dia, tetapi Lily tak pernah bayangkan untuk memiliki dia, apatah lagi dengan cara terkutuk sebegini."
"Keputusan yang saya dah buat, saya dah fikir sedalamnya malam tadi. Saya ikhlas, saya tak dipaksa...."
Demi maruah serta tanggungjawab, Khalid jadikan Lily sebagai negara pertama yang perlu dia jaga lebih daripada nyawa sendiri. Seperti Lily yang jatuh cinta kepadanya, Khalid fikir cinta juga akan hadir kemudian nanti.
"Lily takkan lupa cara abang pandang Lily."
"Tengok betul-betul, kalau abang pakai topeng pun, sayang boleh kenal abang."
Apa maknanya cinta serta bahagia tanpa air mata. Kerana dendam orang lain, Lily menjadi mangsa.
Betahun-tahun menjalani hidup masing-masing, mereka berdua saling menanggung rindu, sama-sama menunggu tapi, tanpa ikatan seperti sebelumnya. Negara Lubnan menjadi tempat pertemuan kali kedua, membuka helaian pertama diari cinta yang baharu.
"Mata Tuan macam mata seseorang yang.....dah lama saya tunggu."
"Maaf....ini kali pertama kita berjumpa."