Manes Wordworks
[MANES] Peti Merah Hati # (L6,Y14)
- Regular price
- RM 32.30
- Sale price
- RM 32.30
- Regular price
-
RM 38.00
Share
Tajuk: Peti Merah Hati
ISBN: 9786297782089
Penerbit: Manes Wordworks
Muka Surat: 434 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Najwa Zakir
Tahun Terbitan: 2025
Format: Paperback
Berat (kg): 0.434 kg
Dimensi (cm): 20 cm x 12.9 cm x 3.4 cm
SINOPSIS
“Love at first sight is overrated.” – Salwa Sulaiman
“I don’t believe in it either, up until now.” – Ahmad Dean
Pertemuan dengan lelaki asing bernama Dean di KLIA tidak pernah diduga Salwa. Baginya, ia cuma gurauan manis yang akan mengiringi perpisahan mereka di terminal itu. Tetapi bagi Dean, ia adalah satu permulaan.
Dean, pelajar perubatan pergigian di United Kingdom, hidup bebas berpaksikan hiburan. Salwa pula, pelajar kejuruteraan di New Zealand, berpegang teguh pada adab dan batas pergaulan. Perbezaan landasan hidup itu memaksa Dean akur dengan syarat Salwa; hanya berhubung melalui e-mel.
Jarak ribuan batu dan perbezaan waktu memisahkan mereka. Melalui peti merah hati, inbox e-mel yang menyimpan debar, doa dan rahsia, mereka belajar mengenal satu sama lain.
Namun percintaan jarak jauh itu tidak semudah kata. Dean dihantui masa lalu, sementara Salwa bergelut dengan dugaan hidup di perantauan.
“Boleh awak tunggu saya?” – Salwa Sulaiman
“Ambillah masa sebanyak mana, Salwa. I akan tunggu you.” – Ahmad Dean
Mampukah Dean membuktikan ketulusan cintanya? Dan sanggupkah Salwa mempertaruhkan hati kepada lelaki yang baru dikenalinya itu?
KATA EDITOR
NAJWA ZAKIR hadir dengan sentuhan sulung yang segar. Manis tapi ada getirnya, itulah rasa yang dibawa dalam setiap helaian Peti Merah Hati. – Ardhi W, Editor