• WHITE BACKGROUND (39)
  • WHITE BACKGROUND (38)
  • WHITE BACKGROUND (41)
  • WHITE BACKGROUND (42)
  • WHITE BACKGROUND (40)
1

Manes Wordworks

[MANES] Dalam Satu Potret # (L6,Y11)

Regular price
RM 29.75
Sale price
RM 29.75
Regular price
RM 35.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Dalam Satu Potret

ISBN: 9786297782072

Penerbit: Manes Wordworks

Muka Surat: 336 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Asunnaraa

Tahun Terbitan: 2025

Format: Paperback

Berat (kg): 0.345 kg

Dimensi (cm): 20 cm x 13 cm x  2.5 cm





SINOPSIS

Bagaimana rasanya mempunyai rumah, namun bukanlah rumah yang mampu berikan kebahagiaan?

“Rumah itu sempurna... dan aku mahukannya.” – Lily Atiya

Dek keputusan melulu Hana membawa haluan sendiri, telah meranapkan segala bahagia yang ada. Lily Atiya kini membesar tanpa figura seorang ayah di sisi. Malah, anak Hana turut menjadi saksi kebencian seorang ibu terhadap mereka berdua.

“Tiya tak pernah dapat kasih sayang seorang ayah. Tak salah kan, kalau Tiya nakkan kasih sayang daripada nenek dia?” – Nurhana

Namun sejauh mana sekalipun Hana berlari, takdir akan sentiasa ada cara untuk mempertemukan hujung jalan mereka lagi. Lima tahun berlalu, beribu-ribu persoalan di fikiran. Adakah dia benar-benar telah melukai hati yang tulus mencintainya? Adakah kehadiran bekas suaminya kini untuk merampas Atiya daripadanya?

“Kenapa Tuhan pertemukan awak dengan saya untuk buat saya jatuh cinta? Sedangkan cinta awak dah pun menyeksa seorang lelaki selama ni?” – Lutfi

“Tapi you langsung... tak pernah hormatkan I sebagai ayah Lily Atiya. You yang minta untuk I gunakan cara ni, Hana.” – Lutfan Yusuf

Apa pilihan yang Hana ada? Mampukah dia tunaikan permintaan anaknya kali ini?

***

Dalam banyak-banyak watak ‘Dalam Satu Potret’ ini, saya suka dan sayang serta menyenangi Lily Atiya yang cerdik. – Noor Suraya, Editor