• WHITE BACKGROUND
  • WHITE BACKGROUND (1)
  • WHITE BACKGROUND (2)
1

IMAN

[IMAN] Untuk Kamu Yang Tak Pernah Dipeluk (PY10)

Regular price
RM 29.75
Sale price
RM 29.75
Regular price
RM 35.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sblm 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sblm 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Untuk Kamu Yang Tak Pernah Dipeluk

ISBN: 9786299217930

Penerbit: IMAN Publication

Muka Surat: 355 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Muharikah

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 0.40 kg

Dimensi (cm): 3 cm x 19 cm x 14 cm



SINOPSIS


'Dia tidak sedar, bahawa menjadi kuat dan menjadi kuat bersendirian, adalah dua perkara berbeza.'

Edelya – seorang ahli farmasi dan pemilik lima cawangan Pharmacy4U – amat bangga dengan bisnes yang dibinanya. Hidupnya terasa sempurna dengan kehadiran Sarah, zuriat yang dinanti bersama Zeyad selama sedekad.

Namun, kesempurnaan itu tidak lama. Apabila sebuah syarikat gergasi muncul sebagai pesaing, keuntungan mula merosot, malah orang kepercayaannya juga meletak jawatan!

Dalam kekusutan mencari jalan keluar, Edelya terasa semakin jauh daripada Sarah. Masa bersama semakin pendek, tidak lagi bermain mahupun menyuap Sarah makan. Semakin lama semakin dia tidak faham apa lagi yang Sarah mahukan!

Rasa bersalah mula menghimpit jiwa. Tekanan demi tekanan mendorong Edelya menghilang, mencari jawapan sendirian, sehingga Zeyad rasa diketepikan.

'Edelya, dalam setiap pilihan, ada harga yang perlu dibayar.'

Kini, Edelya terperangkap. Adakah memilih kebahagiaan keluarga bermaksud melepaskan kerjaya? Atau mungkinkah dia terpaksa menjadi ibu yang tiada masa untuk anaknya, mengulangi semula kitaran yang dia sendiri benci?