• WHITE BACKGROUND - 2026-08-13T144812.548
  • WHITE BACKGROUND - 2026-08-13T160440.515
  • WHITE BACKGROUND - 2026-08-13T154248.929
1

Idea Kreatif

[IDEA KREATIF] Destiny (Y24)

Regular price
RM 24.65
Sale price
RM 24.65
Regular price
RM 29.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sebelum 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sebelum 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Destiny

ISBN: 9789672803973

Penulis: Missliluna

Penerbit: Idea Kreatif

Muka Surat: 594 m/s

Halaman: Hitam Putih

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperbag

Berat (kg): 0.46 kg

Dimensi (cm): 3cm x 18cm x 11cm


SINOPSIS

Zayn Chester - Seorang kapten bola sepak kelab Thunderhawks yang terkenal dan berjaya. Dia sentiasa tegas dan bertanggungjawab. Di mata dunia, dia seorang yang sempurna dan tiada kelemahan.

Hazi Marilyn - Seorang kapten juruterbang yang egois dan keras kepala. Dia akan mewarisi legasi keluarganya sebagai CEO Royal Sky Airlines. Tapi, bersyarat...

Tanpa diduga, satu insiden yang berlaku menyebabkan berita palsu melibatkan mereka berdua tersebar di serata dunia. Satu kebetulan yang tak terduga, Hazi memilih Zayn untuk berlakon menjadi teman lelakinya bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh datuknya.

“Fake boyfriend?” - Zayn.

“Untuk pengetahuan, kau bukan orang pertama dalam senarai aku.” - Hazi.

“Dan kau rasa aku akan setuju begitu sahaja?” - Zayn.

“Kau bukan buat kerja amal. I pay you.” Hazi.

“Sadly, I'm a footballer, not an actor.” Zayn.

Pertikaian berlaku tapi akhirnya mereka mencapai kata setuju. Namun ego masing-masing tidak pernah membenarkan mereka tampil lemah di hadapan satu sama lain.

“You think you're special to me? Not even a bit.” - Hazi.

“Kau pilih aku berbanding semua lelaki yang dekati kau. Boleh kau jelaskan?” - Zayn.

“Cukup, Zayn. Aku penat.”- Hazi.

“Penat dengan aku? Atau penat dengan perasaan kau yang kau sendiri takut nak hadap?” -Zayn.

Mengelak dan menjunjung ego masing-masing, akhirnya perpisahan menjadi pilihan. Pun begitu, cinta yang sudah lama tumbuh tak pernah mati.

Persoalannya, bolehkah cinta yang dipendam itu mengalahkan ego sendiri? Mungkinkah akan ada ruang untuk mereka kembali bersama?