• WHITE BACKGROUND F
  • WHITE BACKGROUND F (1)
1

Firdaus Press Publication

[FIRDAUS PRESS] Bagaimana Rasanya Menjadi Tua (L54)

Regular price
RM 28.05
Sale price
RM 28.05
Regular price
RM 33.00
JIMAT 15%
Pos hari sama - order sblm 10AM | BOOKCAFE
Pos hari sama - order sblm 10AM
Refund dijamin (kredit) | BOOKCAFE
Refund dijamin (kredit)
Buku rosak? Ganti percuma | BOOKCAFE
Buku rosak? Ganti percuma

Tajuk: Bagaimana Rasanya Menjadi Tua

ISBN: 9786299497301

Penerbit: Firdaus Press Publications

Muka Surat:

Halaman: Hitam putih

Penulis: Dr. Ariza Mohamed

Tahun Terbitan: 2026

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.60 kg

Dimensi (cm): 2 cm x 21 cm x 15 cm


SINOPSIS


Waktu terus melaju tanpa henti. Tanpa sedar kita sudah menongkat usia. Namun, kesibukan menguruskan dunia sering menyebabkan kita lupa tentang usia kita. Ada kalanya, Tuhan menghantar pesan dalam bentuk gigi yang mula longgar dan jatuh, rambut yang berubah ke warna keperakan, lutut yang sudah tidak lagi boleh menampung langkah tanpa berbunyi dan sakit yang datang tanpa diundang.

Pesan-pesan yang datang dari Tuhan ini memberi sejenak kesedaran akan realiti usia yang sudah melabuhkan tirai senja. Namun, dunia masih tidak mahu melepaskan kita dari pelukannya. Semakin berusia semakin kejap pelukannya. Ia tidak mahu melepaskan. Maka, seiring perkembangan teknologi, dunia menawarkan pilihan seperti langit yang terbuka. 

Jika sudah kelihatan kerepotnya, ada botox untuk menegangkan kulit, ada gel yang boleh dimasukkan ke dalam lutut, ada berbagai warna yang boleh dipilih untuk mewarnai rambut dan berbagai pilihan pembedahan untuk melupakan usia. Namun, tatkala sendirian di kamar tanpa seoles solekan, kita tidak dapat menafikan garis-garis ketuaan yang mula muncul. Bagi yang masih belum mahu menerima kenyataan, mungkin menaiki sistem pengangkutan ETS boleh menyedarkan seperti yang dialami penulis!

Semoga pembaca dapat sama-sama menghayati usia tua dengan penuh penerimaan dan redha. Usia tua adalah waktu untuk memecut laju ke hadapan bagi merebut piala!