Fajar Pakeer
[FAJAR PAKEER] Love & You
- Regular price
- RM 25.50
- Sale price
- RM 25.50
- Regular price
-
RM 30.00
Share
Tajuk: Love & You
ISBN: 9789838223331
Penerbit: FAJAR PAKEER
Muka Surat: 566 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Lollysnow
Tahun Terbitan: 2025
Format: Soft cover
Berat (kg): 0.450 kg
Dimensi (cm) : 18 cm x 11 cm x 2 cm
SINOPSIS
Penyatuan dua insan bukan sekadar lafaz dan saksi. Ia adalah ikrar suci antara dua jiwa yang tidak selalu sehaluan.
Maka, bagaimana agaknya kisah apabila dua hati yang belum pernah saling mengenal, dipertemukan dan
disatukan oleh takdir?
Masa lalu telah mengajarnya untuk tidak lagi mengikat hatinya pada sesiapa. Dia serik. Tak mahu lagi berulang. Namun, garis kehidupan berkata sebaliknya apabila dia tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki untuk anak gadisnya. Azmir Izzudin buntu. Ikutkan hati mahu menolak, tapi ada satu alasan memicu keputusannya untuk menerima lamaran itu.
Dia, Tia Adriana, anak tunggal Tuan Adha. Dimanjakan sejak kecil dan dibesarkan dengan segala perkara yang sempurna. Sifatnya manja dan keras kepala, sungguh berbeza dengan Azmir yang lebih sukakan ketenangan
“I bagi peluang you lari.” – Tia
“Kenapa awak je yang tak lari?” – Azmir
Kerana tiada siapa yang melarikan diri malam itu, akhirnya Azmir pasrah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia turut menerima hakikat bahawa ketenangan yang dinikmatinya selama ini bakal tergugat kerana sifat mereka yang bertentangan. Ada sahaja perbalahan yang tercetus.
Jika Tia api yang marak, Azmir pula minyak gasnya. Sudah tahu gadis itu mudah meletup, dicucuh pula kesabarannya. Bagi Tia, Azmir menganggapnya seperti budak-budak. Bagi Azmir pula, Tia terlalu suka membentak.
Di sebalik ketidaksamaan itu, masih wujud sesuatu yang mengikat mereka antara satu sama lain.
Azmir perlukan Tia. Tia perlukan Azmir.
Mampukah sebuah ikatan yang lahir tanpa cinta terus utuh menongkah badai waktu?
Bagaimana dengan masa lalu Azmir? Bolehkah Tia menutup mata, dan terus mempercayai bahawa lelaki itu adalah cinta pertama dan selamanya?