• 9786297509358
  • dhira & zehan background (36)
  • dhira & zehan background (35)
  • dhira & zehan background (34)
  • dhira & zehan background (37)
1

Kaseh Aries

SENTUHAN CINTA TUAN HAJI # (Z20,L191)

Regular price
RM 29.75
Sale price
RM 29.75
Regular price
RM 35.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: SENTUHAN CINTA TUAN HAJI # 

ISBN: 9786297509358

Penerbit: Kaseh Aries

Muka Surat: 417 m/s

Halaman: Hitam putih

Penulis: Mum Linz

Tahun Terbitan: 2024

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.299 kg

Dimensi (cm): 18.5 x 11.6 x 2.2

 

SINOPSIS

Menjadi ibu tunggal dalam usia yang muda bukanlah satu pilihan. Demi kelangsungan hidup bersama anak kesayangannya, Sumaiyyah bekerja sebagai tea lady di sebuah syarikat. Kehadiran seorang ‘Tuan Haji’ sebagai majikan, telah menghuru-harakan hidup Sumaiyyah. Bermula dari satu kejadian yang cukup memalukan, sehinggalah terjadi kejadian yang lebih memalukan, akhirnya mereka tidak dapat menolak takdir. “Kenapa Tuan Haji setuju? Tuan Haji tahu tak yang saya tak nak kahwin? Saya tak nak!” - SUMAIYYAH “Nak saya listkan satu per satu ke bahagian mana yang saya dah tersentuh?” - ASHRIQ “Itukan tak sengaja. Tak perlulah... Tuan Haji... nak ungkit-ungkit.” - SUMAIYYAH “Saya tetap mahu bertanggungjawab. Saya pun jadi risau sebab asyik tersentuh aje.” - ASHRIQ Sumaiyyah nekad tidak mahu berkahwin lagi. Tetapi campur tangan orang tua memaksa Sumaiyyah supaya akur. Tuan Haji muda menjadi pilihan. Tatkala rasa bahagia mula berbunga, Shamsul datang membuat onar. “Abang menyesal, sayang. Berilah abang peluang, ya?” - SHAMSUL Tak cukup dengan itu, Sabrina kekasih lama Ashriq juga muncul dan ingin kembali. “Sejujurnya, I tak pernah khianati hubungan kita.” - SABRINA “Allahu Akbar. Kenapa you tak beritahu I, Rina?” - ASHRIQ Hati Sumaiyyah diuji lagi. Apa pilihan yang dia ada setelah cubaan dengki dan khianat meranapkan sentuhan cinta Ashriq kepadanya? Masihkah ada ruang kemaafan untuk sebuah penyesalan?