• 153
  • 154
  • 155
  • 156
  • 157
1

Aqlam Media

[AQLAM] DIA BUKAN AL-MAHDI Satu Perspektif Baru Tersurat, Tersirat, Tersorok # (L10,BL9)

Regular price
RM 31.20
Sale price
RM 31.20
Regular price
RM 39.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: [AQLAM] DIA BUKAN AL-MAHDI Satu Perspektif Baru Tersurat, Tersirat, Tersorok

ISBN: 9786299571209

Penerbit: Aqlam Media

Muka Surat: 188 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Ahmad Saifuddin Yusof

Tahun Terbitan: 2025

Format:Soft Cover

Berat (kg): 0.290 kg

Dimensi (cm): 22.6 cm x 15.2 cm x 1 cm



SINOPSIS

Dia Bukan al-Mahdi. Ya, dia yang disangkakan itu bukan al-Mahdi.

Sejarah mencatatkan begitu ramai individu yang tampil dengan keyakinan penuh, mengisytiharkan diri sebagai penyelamat umat, pemimpin yang dijanjikan. Mereka hadir dengan dalil yang dipetik sepotong-sepotong, mencipta naratif yang menggugah emosi, lalu mengheret manusia ke dalam kepalsuan yang diselubungi kepercayaan. Lebih mengejutkan, ada yang rela menyerahkan segala-galanya-harta, jiwa, bahkan nyawa-demi sebuah janji yang tidak pernah wujud dalam kenyataan.

Namun, persoalannya, mengapa begitu ramai yang mudah terpedaya? Mengapa sejarah terus berulang dengan kemunculan individu yang mengaku sebagai al-Mahdi, sedangkan hakikatnya mereka bukan? Adakah benar dunia ini sedang menanti al-Mahdi, atau sebenarnya kita sedang menunggu sesuatu yang tidak pernah difahami dengan betul?

Buku ini membongkar kepalsuan yang selama ini dibiarkan berakar dalam pemikiran umat. Dengan hujah yang berpaksikan sumber yang sahih, setiap dakwaan akan dipertimbangkan dengan neraca ilmu, setiap mitos akan dipisahkan daripada realiti. Inilah medan untuk menilai kebenaran tanpa dipengaruhi emosi dan dogma yang tidak bersandarkan dalil.

Jika masih ada keraguan, maka tanyakan pada diri-adakah keyakinan itu berdasarkan ilmu atau sekadar desakan perasaan? Kerana pada akhirnya, kebenaran tetap akan berdiri di tempatnya. Dan kebenaran itu ialah-Dia Bukan al-Mahdi.