[TUAH ADDIN] Build A Resilient Life - Edisi Bahasa Melayu (L86,BL85)
- Regular price
- RM 32.40
- Sale price
- RM 32.40
- Regular price
-
RM 36.00
Share
Tajuk: Build A Resilient Life - Edisi Bahasa Melayu
ISBN: 9786299484134
Penerbit: Tuah Addin
Muka Surat: 212 m/s
Halaman: Hitam Putih
Penulis: Noordin Khalid
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 0.77 kg
Dimensi (cm): 1cm x 23cm x 15cm
SINOPSIS
Hidup bukan laluan yang lurus. Kejayaan, ketenangan dan pengembaraan tidak datang secara kebetulan. Ia dibina melalui disiplin, keberanian, dan kesediaan untuk berubah. Dalam Bina Hidup Padu, Noordin membawa anda menyelami perjalanan sebenar. Daripada permulaan yang sederhana dan kegagalan awal, kepada kerjaya global, menawan puncak tertinggi dunia, dan menyelam ke dasar lautan.
Ini bukan kisah luar biasa. Ini kisah seorang insan biasa yang enggan menyerah kalah. Sepanjang lebih 30 tahun perjalanan beliau, satu kebenaran penting mula tersingkap. Ketahanan bukan anugerah. Ia dibina, langkah demi langkah dan pilihan demi pilihan.
Berpandukan gabungan disiplin Timur dan amalan terbaik Barat, buku ini memperkenalkan Model Enam Langkah sebagai panduan praktikal untuk menukar impian menjadi tindakan, dan cabaran menjadi kekuatan.
Dalam buku ini, anda akan belajar untuk menukar impian menjadi matlamat yang berdisiplin, keluar daripada zon selesa, mengimbangi kerjaya, iman dan tujuan hidup, membina kekuatan mental ketika dalam tekanan dan situasi yang tidak menentu, serta mencipta legasi dengan membimbing orang lain.
Ini bukan sekadar buku teori. Ini adalah peta jalan untuk kehidupan yang lebih jelas, lebih kuat dan lebih bermakna. Jika anda tidak memilih apa yang perlu dikorbankan, impian anda akhirnya akan menjadi korban.
Jika anda berasa letih, ragu-ragu atau terhenti, ingatlah ini. Anda tidak ketinggalan. Anda sedang dibentuk. Kerana kejayaan sebenar bukan sekadar bertahan dalam badai, tetapi menempa kekuatan di dalamnya. Anda telah melangkah sejauh ini. Kini tiba masanya untuk menamatkan apa yang anda mulakan.