• 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • 35
1

WhiteCoat Group

[WHITECOAT] The Almanack of Naval Ravikant (Edisi Bahasa Melayu) # (L11,Y56)

Regular price
RM 42.50
Sale price
RM 42.50
Regular price
RM 50.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: The Almanack of Naval Ravikant (Edisi Bahasa Melayu) 

ISBN: 9789672705512

Penerbit: WhiteCoat

Muka Surat: 296 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Dr Anwar Fazal & Puan Amshida

Tahun Terbitan: 2025

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.250 kg

Dimensi (cm): 17.7 cm x 12.4 cm x 1.4 cm


SINOPSIS

MENJADI KAYA BUKANLAH BERGANTUNG KEPADA TUAH SEMATA-MATA. BAHAGIA PULA BUKANLAH CIRI-CIRI YANG KITA MILIKI SEJAK LAHIR.

Mungkin membina kekayaan dan mencipta kebahagiaan itu kelihatan seperti sukar untuk dicapai. Namun begitu, kedua-duanya adalah kemahiran yang boleh dipelajari.

Apakah kemahiran itu dan bagaimana kita dapat mempelajarinya? Apakah prinsip-prinsip yang diperlukan untuk membimbing usaha kita? Bagaimana kita dapat menentukan bahawa kita sedang membuat suatu kemajuan ke arahnya?

Naval Ravikant ialah seorang usahawan, ahli falsafah dan pelabur yang bukan sahaja kaya, tetapi beliau juga bahagia dengan kehidupannya. Beliau telah menawan seluruh dunia dengan berkongsi prinsip hidupnya dalam membina kekayaan dan mencipta kebahagiaan jangka panjang.

Buku ini, The Almanack of Naval Ravikant, mengandungi koleksi kebijaksanaan beliau dalam bentuk wawancara yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber. Penulis buku ini memilih hanya wawancara yang menyentuh hati dan mencetus renungan mendalam. Buku ini bukanlah sebuah buku panduan langkah demi langkah yang menunjukkan cara-cara untuk melakukan sesuatu. Sebaliknya, dengan berpandukan kepada kata-kata Naval, anda akan belajar bagaimana untuk menempuh laluan anda yang tersendiri menuju kehidupan yang lebih bahagia dan kaya.

Buku ini dijadikan sebagai khidmat sosial. Ta boleh dimuat turun secara percuma dalam versi PDF dan e-book di Navalmanack.com. Naval tidak memperolehi apa-apa pendapatan daripada buku ini. Naval mempunyai esei, podcast dan banyak lagi di Naval dan X (Twitter) @Naval.

Eric Jorgenson ialah seorang ahli strategi produk dan penulis.

Pada tahun 2011, beliau menjadi salah seorang pengasas Zaarly,

sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan domestik seperti pembersihan, pendawaian elektrik, penjagaan halaman, pertukangan dan sebagainya. Beliau mendidik dan melayani lebih satu juta pembaca melalui blog perniagaannya, Evergreen.