Thyora
[THYORA] Novel Di Antara Dua Sujud II
- Regular price
- RM 40.50
- Sale price
- RM 40.50
- Regular price
-
RM 45.00
Share
Tajuk: Di Antara Dua Sujud II
ISBN: 9786299444435
Penerbit: Thyora
Muka Surat: 395 m/s
Halaman: Berwarna
Penulis: Fathyakan & Oramawaddah
Tahun Terbitan: 2026
Format: Paperback
Berat (kg): 1.20 kg
Dimensi (cm): 2 cm x 21 cm x 15 cm
SINOPSIS
Di bumi Kaherah yang penuh sejarah dan saksi cinta mereka, Inara Lyadra & Zayd Zafriel mula merasakan sesuatu yang ganji antara mereka. Masing- masing masih lembut, masih menghormati. Namun ada jarak antara mereka.
Satu rahsia yang disembunyikan dan satu bayangan masa lalu yang hampir memusnahkan segalanya.
"Ada apa-apa yang awak tak pernah cerita dekat saya?" Tanya Inara.
Soalan itu keluar perlahan.
Namun Zafriel hanya diam
Antara percaya dan ragu, Inara mula berperang dengan fikirannya sendiri. Apa yang benar? Apa yang hanya bayangan ?
Di sudut lain Zafriel juga bergelut dengan kata-kata,
"Inara dulu... bukan macam sekarang. Dia tu...."
Zafriel mengerut dahi menunggu jawapan dari wanita itu.
Ada cerita yang menuntut untuk dijelaskan. Ada cerita yang bakal membawa luka. Terkadang yang paling perit adalah apabila kita mula sedar kita mungkin tidak pernah benar-benar mengenalinya sejak awal.
Di Antara Dua Sujud II membawa anda menyelami sisi perkahwinan, ujian yang datang, kepercayaan yang diuji perlahan-lahan, dan hati yang cuba bertahan walaupun setiap hari semakin retak.
Jika satu rahsia terbongkar, adakah cinta mereka masih cukup untuk bertahan seperti doa yang tidak sempat diangkat di antara dua sujud?