• 1
  • 2
  • 3
1

PTS

[PENERBIT X] Dimensi Paranormal Ghul (L153, BL151)

Regular price
RM 9.60
Sale price
RM 9.60
Regular price
RM 12.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Dimensi Paranormal Ghul 

ISBN: 9786294640702

Penerbit: Penerbit X

Muka Surat: 146 m/s

Halaman: Hitam Putih

Penulis: Khairul Nizam Khairani

Tahun Terbitan: 2026

Format: Paperback

Berat (kg): 0.112 kg

Dimensi (cm): 11.4 cm x1 cm x 18.4 cm


SINOPSIS

1984, Nasruddin dan Saad menyaksikan tragedi letupan sebuah kilang haram yang menyebabkan kematian kesemua pekerjanya. 33 tahun kemudian, Nasruddin mengupah Emmad untuk menyiasat apa yang berlaku kepada sahabatnya, Saad setelah satu program audio siar membuat liputan tentang tragedi itu.

Tapak kilang haram itu juga kini sudah menjadi sebahagian daripada tanah yang dibeli oleh Syarikat Alam Akhar dan telah dibangunkan menjadi bandar baharu iaitu Lembah Sendayan. Namun, projek itu terbengkalai dan Lembah Sendayan kini menjadi bandar mati.

NMJ Elektronik, syarikat milik Nasruddin berdiri hasil pelaburan Alam Akhar. Alam Akhar juga turut menjadi pelanggan NMJ Elektronik dengan menempah beberapa komponen, antaranya monolit yang diperbuat daripada perak. Daripada apa yang diketahui Nasruddin, komponen yang dihasilkan syarikatnya ada kaitan dengan satu projek pembangunan teknologi rahsia di sebuah makmal di Kolej Ilmuwan yang juga berada di Lembah Sendayan.

Nasruddin juga mendapati komponen-komponen yang dihasilkan syarikatnya telah dihantar ke satu lokasi di Lembah Sendayan iaitu Tasik Meletup yang merupakan tapak kilang haram yang meletup pada tahun 1984. Semua hal ini menimbulkan kecurigaan kepada Nasruddin lalu dia cuba mencungkil perkara sebenar berkaitan Alam Akhar, Tasik Meletup dan juga projek rahsia di Kolej Ilmuwan. Namun, dia mula merasai ada pihak yang cuba menghalangnya selain perkara-perkara aneh yang berlaku pada dirinya.

Apakah fungsi monolit itu? Apakah projek rahsia yang diusahakan Alam Akhar? Dan apa kaitan Nasruddin dengan semua ini?