• 303
  • 304
  • 305
  • 306
1

Mia Azwari

[MIA AZWARI] Faraway Sunshine # (L88,Y21)

Regular price
RM 32.30
Sale price
RM 32.30
Regular price
RM 38.00
Worldwide shipping | BOOKCAFE
Worldwide shipping
Secure payments | BOOKCAFE
Secure payments
Authentic products | BOOKCAFE
Authentic products

Tajuk: Faraway Sunshine #

ISBN: 9786299811879

Penerbit: MIA AZWARI ENTERPRISE

Muka Surat: 455 m/s

Halaman: Hitam Putih 

Penulis: Maisarah

Tahun Terbitan: 2025

Format: Soft cover

Berat (kg): 0.520 kg

Dimensi (cm): 20.3 cm x 12.7 cm x 3.2 cm



SINOPSIS

"Dah tak ada perempuan lain kau nak  jadikan isteri? Ke kau memang tak pernah bercinta, yelah hari-hari menghadap lembu, mesti tak ada masa dengan diri sendiri." -Dahlia Danisha

"Baiklah, kau nak tahu sangat kan? Aku nak kahwin dengan kau sebab aku nak harta arwah Tok Ayah. Kalau aku nak jadi pewaris tunggal, aku kena tunaikan wasiat dia. Kita kena bersatu sebagai suami isteri!" - Umar Luqman  

Tidak mempunyai pilihan, kedua-duanya bersatu juga sebagai suami dan isteri. Umar tersepit antara wasiat manakala Dahlia mahu membuktikan dirinya bukan anak manja kepada Tan Sri Ghazali. 

Dahlia mengalami waktu yang sukar untuk menyesuaikan diri di kampung, bekerja di kandang lembu serta kebun sayur. Dahlia jauh daripada kemewahan yang dia rasakan sejak kecil. 

"Umar! Kenapa buruk sangat rumah ni! Macam nak runtuh aku tengok! Aku tak nak tinggal di sini. Aku nak duduk dengan umi, abah." -Dahlia Danisha 

"Ayah kau pesan kepada aku yang dia nak aku ajar kau berdikari. Jika kau buat masalah, bila-bila masa aku boleh mengadu kepada dia. Takkan hari pertama kau di kampung, kau dah nak buat perangai?" - Umar Luqman

Rumah tangga mereka dihentam bertalu-talu. Status Dahlia sebagai isteri kepada Umar tidak pernah direstui oleh nenek Umar, Puan Bainun kerana wanita itu mempunyai calon lain yang dikatakan lebih baik. Umar pula bukan penternak kampung yang biasa. Lelaki itu ada bisanya sendiri sehingga ramai musuh yang cuba untuk menjatuhkannya. 

Mampukah Umar Dan Dahlia mempertahankan rumah tangga mereka?  Dapatkah Umar merubah Dahlia yang tak boleh hidup tanpa kemewahan kepada seorang isteri lelaki kampung yang tidak memandang nilai mata wang. Dahlia pula, adakah ada cinta untuk Umar, yang dibenci sejak pertemuan pertama lagi. Bolehkah benci menjadi cinta?